Serge Gnabry dan Robert Lewandowski terus mengganas di pentas Liga Juara-Juara 2019/2020.
Duo berbisa Bayern Munich ini baru saja melepasi rekod gol untuk duo Cristiano Ronaldo dan Gareth Bale dalam satu musim saingan Liga Juara Juara Eroopah.
Bayern Munich layak ke final Liga Juara-Juara 2019/2020 dan bertemu Paris Saint-Germain (PSG).
Gnabry and Lewandowski have combined to score 24 goals in the UCL this season.
That is more than every other team in the competition except PSG (25) 😱 pic.twitter.com/144XrBIcox
— ESPN FC (@ESPNFC) August 19, 2020
Ini selepas mereka menepati ramalan sebagai pasukan pilihan dengan menewaskan Lyon 3-0 dalam aksi awal pagi tadi.
Dalam perlawanan tersebut, Bayern Munich membuka tirai jaringan sawal minit ke-18 menerusi Serge Gnabry yang menyambar hantaran Joshua Kimmich.
Serge Gnabry berjaya menembusi gawang Lyon sekali lagi pada minit ke-33 . Bayern Munich masuk ke bilik persalinan dengan kelebihan dua gol.
Serge Gnabry kini sudah menjaringkan embilan gol sepanjang Liga Juara-Juara 2019/2020. Empat daripadanya adalah ke gawang Tottenham Hotspur.
Gnabry hanya dipisahkan 3 gol daripada rekod terbaik pemain Jerman dalam kempen Liga Juara Juara Eropah iaitu dengan 12 gol.
Pada separuh masa kedua, Robert Lewandowski, mesin gol Bayern Munich berjaya membunuh sisa perjuangan Lyon pada minit ke-88. Itu adalah jaringan ke-55 beliau dalam semua pertandingan musim ini.
FIFTY-FIVE goals for Robert Lewandowski this season 💥 pic.twitter.com/sXqbqCtkTd
— Bleacher Report (@BleacherReport) August 19, 2020
Lewandowski melakukan gol itu tandukan yang sangat sempurna menerjah gawang Lyon.
Lewandowski kini menjaringkan gol dalam setiap perlawanan UCL pada musim ini.
Ini sekaligus menjadikan beliau penjaring terbanyak Liga Juara-Juara Eropah setakat ini dengan koleksi 15 gol.
Walaupun masih berbaki satu perlawanan, penyerang dari Poland itu kelihatan sudah boleh berkira kira membersihkan rak di rumahnya untuk mengisi anugerah kasut emas UCL musim ini.
Duo Serge Gnabry dan Robert Lewandowski kini berjaya menjaringkan 24 gol di antara mereka, melepasi rekod gol duo Cristiano Ronaldo dan Gareth Bale, iaitu 23 gol.
Mereka berdua mencatat rekod itu di Liga Juara-Juara 2013/2014 di Real Madrid.
Pada ketika itu Cristiano Ronaldo menjaringkan 17 gol, sementara Gareth Bale menjaringkan enam gol.
Bayern Munich kini bukan sahaja berpeluang untuk menamatkan musim ini dengan mengakhiri kemarau penantian 7 tahun Liga Juara Juara Eropah.
Malah mereka berpeluang untuk mengulangi treble yang mereka catatkan pada musim tersebut. Ini selepas Bayern menjuarai Bundesliga dan juga Piala DFB.
Bayern Munich are the first team in Champions League history to start a campaign with 10 consecutive wins.
𝟐𝟎𝟏𝟐-𝟏𝟑
🏆 Bundesliga
🏆 DFB-Pokal
🏆 UCL𝟐𝟎𝟏𝟗-𝟐𝟎
🏆 Bundesliga
🏆 DFB-Pokal
❔ UCLMake it 11, and they will complete their second treble. #UCLfinal pic.twitter.com/OEHAB6Yvgk
— A-A (@Abubakar_jr001) August 19, 2020
Selain daripada itu PSG juga berpeluang menamatkan musim ini dengan treble.
Jadi ianya adalah pertemuan final yang menarik dan lumayan untuk kedua dua pasukan.