Tiada keraguan lagi, jika diambil kira prestasi sepanjang musim 2019/20, maka Robert Lewandowski adalah selayaknya memenangi Ballon d’Or.
Lewandowski menikmati musim yang luar biasa. Namun sayang sekali Ballon d’Or untuk tahun ini sah dibatalkan buat pertama kali sejak ianya diperkenalkan pada 1956.
Beberapa bulan lalu, Ketua Editor France Football – penganjur Ballon d’Or – Pascal Ferre berkata: “Tidak ada Ballon d’Or edisi 2020 kerana kami prihatin dengan keadaan semasa [covid 19] yang tidak mengizinkan.”
Sudah ada petisyen dilancarkan untuk meminta France Football menarik semula pembatalan itu.
https://twitter.com/TheBayernStand/status/1297804369178566656
Dalam sejarah penganjurannya, duopoli Cristiano Ronaldo – Lionel Messi sangat kuat dalam 12 tahun terakhir ini.
Di mana kedua dua mereka memenangi 11 daripada 12 musim terakhir. Hanya Luka Modric pada 2018 yang memecahkan sedikit rekod itu.
Jadi jika Ballon d’Or diadakan musim ini, kemungkinan besar nama Robert Lewandowski akan dijulang sebagai pemenang.
Walaupun beliau tidak menjaringkan gol dalam kemenangan 1-0 Bayern Munich ke atas PSG di pentas final, namun secara keseluruhannya, musim ini beliau sangat menggerunkan.
Bekas penyerang Lech Poznan dan Borussia Dortmund itu menjaringkan 55 gol daripada 47 perlawanan dalam semua pertandingan untuk membantu skuad bimbingan Hansi Flick menamatkan saingan 2019/20 dengan treble.
Top scorer in:
The Bundesliga (34 goals)
The DFB-Pokal (6 goals)
The Champions League (15 goals) @lewy_official's perfect treble 🏆🐐 pic.twitter.com/WRHji9zes5— FC Bayern Munich (@FCBayernEN) August 24, 2020
15 daripada gol beliau tersebut hadir daripada Liga Juara Juara Eropah. Menjadikan beliau kini hanya dibezakan dengan 2 gol dalam carta jaringan terbanyak dalam semusim UCL dalam sejarah.
Hanya Cristiano Ronaldo berada di atas beliau.
🔝 Congratulations, 2019/20 top scorer Robert Lewandowski! ⚽️#UCL pic.twitter.com/OMmyya17L4
— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) August 24, 2020
Jadi, tahun ini adalah tahun yang sangat diingati oleh Lewandowski. Beliau tak pernah berada di finalis 3 teratas dalam Ballon d’Or, walaupun sudah beberapa kali beliau menikmati musim yang cemerlang.
55 gol beliau mengatasi rekod Messi dalam mana mana musim dalam 5 musim terakhir.
Messi tetap 3 kali berada di atas rekod itu iaitu rekod luar biasa 2011/12 dengan 73 gol serta 2012/13 (60 gol) dan 2014/15 (58 gol).
Cristiano Ronaldo, pula 2 kali melepasi angka tersebut — 2011/12 (60 gol) and 2014/15 (61 gol).
Sebelum ini musim paling prolifik Lewandowski adalah pada 2016/17 dengan 43 gol daripada 47 penampilan.
Hansi Flick antara individu yang berhak mendapat kredit. Selepas Bayern dimalukan Eintracht Frankfurt dengan kekalahan 1-5, Flick mengambil alih dan tak kalah sejak Disember.
Sebagai rekod Bayern di bawah Flick sudah menang 33 perlawanan daripada 36 perlawanan.
Baca juga perkembangan lain
Ronaldinho Akhirnya Dibebaskan Dari Paraguay Selepas 5 Bulan
Belum Pun Mulakan Tugas, Sudah Ada Manifesto Mahu Tukar Koeman Dengan Klopp
Alphonso Davies Faham Kenapa Lionel Messi Menolak Untuk Memberikannya Jersi