Bekas bintang Brazil, Ronaldinho akhirnya dibebaskan Paraguay setelah lima bulan ditahan kerana pasport palsu. Arahan itu dibuat oleh hakim pada Isnin.

Hakim Gustavo Amarilla juga membebaskan abang Ronaldinho, Roberto de Assis Moreira, yang juga ditahan selama sebulan di penjaran dan empat bulan lagi di bawah tahanan rumah di sebuah hotel di ibu kota Paraguay, Asuncion, dengan pertuduhan yang sama.

Hakim menyatakan: “Ronaldinho bebas melakukan berjalan ke mana mana negara pun di dunia yang dia mahukan tetapi dia mesti memberitahu kami jika dia menukar alamt tetapnya untuk jangka masa satu tahun.”

“Dia tidak memiliki had pergerakan kecuali ganti rugi atas kerosakan pada masyarakat.”

Ronaldinho menerima syarat pembebasannya, yang merangkumi pembayaran ganti rugi $90,000. Abangnya, yang juga pengurus perniagaan Ronaldinho, mesti membayar $110,000.

Adik beradik itu juga dijangka haadir di hadapan hakim di Brazil setiap tiga bulan untuk tempoh selama setahun untuk Ronaldinho, serta dua tahun untuk abangnya.

Amarilla menerima cadangan oleh empat pendakwa raya itu untuk mengelakkan perlunya perbicaraan lisan.

“Tidak ada petunjuk bahawa dia memiliki ciri-ciri peribadi atau tingkah laku jenayah yang akan membahayakan masyarakat,” kata pendakwaraya sebelum perbicaraan pada hari Isnin.

Pendakwa tidak percaya Ronaldinho mengambil bahagian dalam rancangan sindiket pasport palsu di Paraguay — tetapi percaya de Assis Moreira sedar bahawa pasport itu adalah palsu.

Dua beradik itu tiba di Paraguay pada 4 Mac tanpa masalah. Ronaldinho, pemenang Ballon d’Or 2005, mahu mengambil bahagian dalam acara kebajikan untuk menyokong kanak-kanak yang kurang bernasib baik.

Namun, dua hari kemudian, mereka dibawa ke balai polis ketika penyiasat menyerbu hotel mereka berikutan maklumat bahawa mereka mempunyai dokumen palsu.

Setelah ditahan di sebuah balai polis di Asuncion, di mana Ronaldinho menyambut ulang tahunnya yang ke-40 pada 21 Mac, kedua-dua mereka telah ditahan sebagai tahanan rumah selama lebih dari empat bulan di sebuah hotel mewah di ibu negara, dengan jaminan $1.6 juta.

Ronaldinho, yang dianggap sebagai antara pemain bola sepak terbaik sepanjang zaman, memainkan peranan sangat penting dalam kemenangan Piala Dunia 2002 Brazil.

Dalam kariernya beliau bermain untuk gergasi Eropah seperti Barcelona, ​​AC Milan dan Paris Saint-Germain dalam tempoh 10 tahun yang sangat sukses di Eropah.

Beliau memenangi Liga Juara-Juara Eropah dan dua gelaran La Liga bersama Braca dan Serie A bersama Milan.

Setelah pulang ke Brazil, Ronaldinho memenangi Copa Libertadores bersama Atletico Mineiro.

Baca juga perkembangan lain

Belum Pun Mulakan Tugas, Sudah Ada Manifesto Mahu Tukar Koeman Dengan Klopp

Barcelona Minta Man City Bayar £631 Juta Untuk Dapatkan Messi

UCL: Bayern Munich Juara Eropah 2019/20