Barcelona nampaknya telah mula ‘membuka pintu’ untuk Lionel Messi untuk meninggalkan Camp Nou.
Ianya selepas Barcelona mengeluarkan tanda harga untuk dibayar bagi mendapatkan pemain itu.
Sebelum ini terdapat ura ura menyatakan bahawa Lionel Messi mahu angkat kaki dari Barcelona selepas nusim yang mengecewakan dan keadaan pengurusan tertinggi yang bercelaru.
Ini ditambah dengan kekalahan memalukan di tangan Bayern Munich pada separuh akhir Liga Juara Juara Eropah.
Namun perkara itu dinafikan oleh Barcelona. Presiden kelab, Josep Maria Bartomeu pula memberikan jaminan bahawa pemain itu mahu kekal sehingga tamat kariernya.
Walaupun dia sudah berumur 33 tahun, pemain Argentina itu masih diminati oleh banyak kelab elit, seperti Manchester City, Inter Milan, Juventus dan Paris Saint-Germain.
Tetapi di antara kesemua calon, Man City adalah pasukan yang dikatakan berpotensi mendapatkan Messi kerana Pep Guardiola.
Oleh itu Barcelona meminta Man City mambayar £631 juta untuk mendapatkan pemain tersebut.
Itu adalah klausa pelepasan yang terkandung dalam kontrak Messi. Dan Messi perlu menghantar ‘transfer request’.
😂 Barcelona are reportedly going to demand that clubs must pay Lionel Messi's £631M release clause should he hand in a transfer request.
[via @MailSport] pic.twitter.com/oomhCtTwIZ
— City Report (@cityreport_) August 23, 2020
Messi ketika ini menyatakan kepada Ronald Koeman bahawa beliau masih belum memberikan jaminan bahawa beliau akan kekal di Barcelona.
Lionel Messi masih ada kontrak sehingga musim hadapan sahaja di Barcelona.
Jika beliau tidak menandatangani kontrak tersebut, Messi akan menjadi pemain ejen bebas selepas ini.
Namun begitu, Barcelona yakin pemain itu akan menandatangani kontrak baharu dan terus kekal bersama dengan mereka.
Bartomeu sebelum ini sudah mendedahkan beberapa nama pemain yang tidak boleh dibeli oleh kelab lain, dan yang paling utama ialah Messi.
Baca juga perkembangan lain
Flick Akui PSG Sangat Menakutkan, Namun Bayern Tak Akan ‘Parking Bas’