Robert Lewandowski kini melepasi angka 50 gol musim ini ketika Bayern Munich melengkapkan kejuaraan berganda dengan kemenangan 4-2 ke atas Bayer Leverkusen di dalam final Piala Jerman ke-20 pada hari Sabtu.

Juara Bundesliga, Bayern mendominasi di Stadium Olimpik Berlin ketika David Alaba menjaringkan gol pembukaan menerusi sepakan percuma.

Manakala Serge Gnabry menambah gol kedua pada babak pertama.

Lewandowski mencetak 51 gol keseluruhan musim ini setelah menjaringkan dua gol pada babak kedua.

Manakala dua gol oleh Bayer adalah menerusi Sven Bender dan juga Kai Havertz menerusi penalti lewat.

“Pada babak kedua, kami menunjukkan bahawa kami adalah pasukan yang lebih baik dan ingin menjadi pemenang piala ini,” kata Lewandowski.

Bayern, yang dinobatkan sebagai juara Bundesliga untuk tahun ke lapan berturut-turut pada Sabtu lalu, telah memenangi kesemua 11 perlawanan mereka sejak musim ini disambung semula pada pertengahan Mei.

Mereka boleh menamatkan musim dengan memenangi treble kerana mereka adalah antara pasukan pilihan untuk final Liga Juara-Juara Eropah di Lisbon bulan depan.

Ini adalah kali ke-13 dalam sejarah kelab mereka memenangi gelaran berganda.

Lewandowski, yang dinobatkan sebagai penjaring terbanyak Bundesliga untuk kali kelima hujung minggu lalu, menjaringkan enam gol dalam piala, 34 gol dalam liga dan 11 lagi di Liga Juara-Juara Eropah musim ini.

Leverkusen melengkapkan hatrik kekalahan setelah tewas di final pertandingan piala pada 2002 dan 2009 di Berlin.

“Kami sangat gembira kerana kami berjaya mendapat double musim ini. Pada babak pertama, permainan kami terkawal sepenuhnya,” kata Gnabry.

Thomas Muller tetap bersedih kerana final kali ini tanpa penyokong di dalam stadium. Kerana bagi beliau, mereka mahu berkongsi detik penting itu dengan para peminat.

Baca juga perkembangan lain dari Eropah

Pulisic Persis Hazard? Ini Komen Lampard

Kenapa Mourinho Tak Pakai Ndombele?

Kesebelasan Impian Tevez Dipenuhi Pemain United Dan Tiada Pemain City