Bos The Blues percaya masih banyak lagi yang boleh datang dari bintangnya dari Amerika selepas persembahan yang bertenaga sekali lagi.

Frank Lampard menghamburkan pujian untuk Christian Pulisic setelah Chelsea mencatat  kemenangan 3-0 ke atas Watford untuk mendapatkan semula tempat keempat dalam Liga Perdana.

Prestasi semasa Pulisic membuatkan Watford dalam masalah besar.

Gol dari Olivier Giroud, Willian dan Ross Barkley melonjakkan The Blues kembali ke empat teratas setelah Manchester United memintas mereka sebentar dengan kemenangan 5-2 ke atas Bournemouth pada awal Sabtu.

Lampard tidak berminat untuk membandingkan Pulisic dengan mantan penyerang Chelsea, Eden Hazard tetapi gembira dengan peningkatan yang ditunjukkan pemain itu selepas bergelut pada awal musim kerana isu kecederaan.

Ditanya oleh Sky Sports mengenai Pulisic dan persamaannya dengan Hazard, Lampard menjawab: “Mereka berdua adalah pemain yang boleh pergi jauh dan senang menontonnya. Eden melakukannya di sini dan sangat sensasio sekali.”

“Saya tidak ingin membuat perbandingan itu, tetapi pada tahap yang sama saya tidak ingin mengambil apa-apa dari Christian.”

“Apa yang dia tunjukkan adalah kemampuan semulajadi, keseimbangan, kecepatan untuk menggelecek bola.”

“Langkah seterusnya untuknya adalah produk akhir yang lebih baik, lebih banyak gol, lebih banyak bantuan gol.”

“Tetapi sejak bola sepak dimulakan semula, dia sudah menunjukkannya, yang dia sangat bagus.”

“Dia mengalami masalah kecederaan musim ini tetapi dia bagus, sangat baik. Saya sangat gembira dengannya.”

Pulisic sendiri menyatakan beliau berhati-hati dengan perbandingan dengan Hazard selepas permainan cemerlanganya, dan menekankan bahawa dia hanya berusaha menjadi pemainnya sendiri.

Lampard kagum dengan cara pemainnya bangkit daripada kekalahan derbi London 3-2 di West Ham pada pertengahan minggu.

“Kami harus menerima tekanan itu. Sebelum aksi West Ham kami mungkin berada di tangga ketiga dan kami mengecewakan diri,” kata Lampard lagi.

“Hari ini ada sedikit tekanan untuk kembali ke kedudukan keempat dan kami menghasilkan. Kami harus membiasakan diri dengan tekanan itu, apa pun cara itu, kerana akan kami akan menempuhi kesulitan sepanjang jalan selepas ini.”

Chelsea seterusnya akan menentang Crystal Palace pada Selasa sebelum menentang Sheffield United pada hari Sabtu.

Baca juga perkembangan lain

Bruno Fernandes & Mason Greenwood Lonjak United Ke 4 Teratas

Kenapa Mourinho Tak Pakai Ndombele?

RASMI: Leroy Sane Milik Bayern Kerana Mahu Juarai UCL