Jersi ikonik Lionel Messi mungkin akan berpeluang menjadi milik pemain lain jika pemain itu benar benar pergi dalam masa terdekat ini.
Messi sudah meminta untuk pergi dari Barcelona secara percuma. Namun kelabnya masih berkeras tidak mahu melepaskan Messi tanpa menerima €700 juta yang ada dalam klausa pelepasan.
Ini kerana menurut mereka, klausa khas pergi secara percuma itu hanya aktif pada bulan Jun sahaja.
Beberapa pasukan sudah dikaitkan dengan Lionel Messi. Ini termasuk Manchester City dan Juventus.
Marca melaporkan Martin Braithwaite sudah memberitahu kelab yang beliau mahu memakai jersi nombor 10 pada musim hadapan – jika Messi pergi dari Barcelona.
Pemain Denmark itu kini memakai jersi no.19 setelah menyertai Barcelona dari Leganes pada perpindahan tengah musim lalu.
Barcelona membayar klausa pelepasan yang ada pada kontraknya membuatkan Leganes terpaksa kehilangan pemain penting mereka.
Braithwaite has asked Barcelona for the number 10 shirt should Messi leave the club, according to Spanish outlet 20 Minutos 😳 pic.twitter.com/Iki3gwJqgR
— GOAL (@goal) August 30, 2020
Braithwaite ada baki kontrak sehingga 2024 di Nou Camp. Ketika di Leganes, Braithwaite memakai jersi nombor 25 dan kemudian bertukar ke jersi nombor 7.
Ketika di Middlesbrough beliau pernah memakai jersi nombor 10.
Sejak tiba di Barcelona Braithwaite cemerlang pada beberapa penampilan awalnya. Namun selepas itu beliau gagal untuk menempatkan diri dalam pasukan utama.
Adakah Braithwaite akan menjadi nombor 10 Barcelona yang seterusnya?
Baca juga perkembangan lain
Penyerang Antarabangsa Poland, Lewandowski Mahu Klaim Ballon d’Or Musim Ini