Pemain pemain Manchester United menyatakan bahawa mereka sukar fokus di atas padang kerana baju yang mereka pakai terlalu ketat.

Dan pemain pemain United mulai memilih untuk memakai jersi replika kerana tidak selesa dengan jersi dan stoking yang terlalu ketat.

Man United memulakan kempen musim ini dengan buruk sekali. Terbaru mereka kalah di tangan Man City 0-3 pada hujung minggu lalu.

Man United turut menelan kekalahan dalam 2 aksi pembukaan UCL namun berjaya bangkit menentang FC Copenhagen.

Segalanya serba tak kena di United. Di mana pemain seperti Jadon Sancho direhatkan daripada tugasan kerana masalah disiplin. Seterusnya mereka berdepan dengan krisis kecederaan dan juga krisis prestasi pemain seperti Marcus Rashford.

Dan kini masalah terbaru Manchester United adalah jersi atau baju yang terlalu ketat.

Laporan menyebut bahawa pemain sudah mulai memakai jersi replika selepas kekalahan 2-0 di tanag Spurs pada Ogos lalu.

Penjaga gol United, Andre Onana antara pemain yang mengeluh dengan jersi yang terlalu ketat. Dan dia sudah meminta jersi yang sedikit longgar selepas kemenangan 2-1 ke atas Sheffield bulan lalu.

Adidas mungkin mengambil serius komen daripada De Gea musim lalu di mana penjaga gol itu menyatakan dia tak selesa dengan jersi yang terlalu longgar.

Namun Adidas nampaknya agak melebih lebih dalam mengetatkan jersi pemain pemain United.

Pemain juga sudah menyatakan rungutan mereka kepada kitman dengan meminta stoking mereka ditebuk lubang untuk meningkatkan pengudaraan.