Kelab Saudi Pro League, Al-Ettifaq melupakan hasrat mereka untuk menandatangani bekas pemain Manchester United, Jesse Lingard selepas pemain itu meminta gaji yang terlalu tinggi.

Baca Juga:

Lingard sebelum ini mengikuti sesi latihan bersama kelab itu dalam usaha untuk mendapatkan kelab baharu selepas beliau meninggalkan Nottingham Forest pada penghujung musim 2022/2023.

Pada awalnya, Ettifaq mahu menawarkan pra kontrak yang akan diaktifkan pada bulan Januari kepada Lingard selepas mereka berpuas hati dengan pretasi pemain berusia 30 tahun itu ketika sesi latihan. Selain itu, pengendali pasukan, Steven Gerrard dan ketua pasukan, Jordan Henderson turut menasihati kelab untuk mendapatkan Lingard.

Akan tetapi, menurut laporan salah seorang wartawan di England iaitu Ben Jacobs mendedahkan kelab itu membuat keputusan untuk tidak mendapatkan Jesse Lingard atas beberapa faktor.

Pertama, Lingard meminta gaji yang terlalu tinggi dimana Ettifaq tidak mampu untuk membayar gaji yang diminta kerana mereka tidak mempunyai bajet yang cukup untuk menampung pemain itu.

Kedua, pemain yang pernah beraksi bersama West Ham United itu tidak mahu menunggu sehingga Januari untuk menyertai pasukan sekaligus bertentangan dengan apa yang ditawarkan oleh Al-Ettifaq.

Ettifaq perlu melepaskan dua pemain yang berada dalam skuad ketika ini untuk memberi ruang kepada Lingard kerana mereka tidak mahu mengikut jejak langkah kelab Arab lain yang mempunyai barisan pemain bintang dunia serta menawarkan gaji luar biasa.

Ketika ini, Ettifaq memilik beberapa pemain bertaraf bintang seperti Jordan Henderson, Demarai Gray, Moussa Dembele dan Georginio Wijnaldum.