Arab Saudi secara rasminya telah menghantar bidaan kepada Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) untuk menganjurkan temasya Piala Dunia 2034 dan negara itu mendakwa telah mendapat sokongan daripada majoriti ahli badan itu.
Baca Juga:
- Malaysia Sokong Arab Saudi Bida Piala Dunia 2034
- Arab Saudi Berminat Jadi Tuan Rumah Piala Dunia 2034
- Mark Clattenburg: “Pengadil Eropah Sertai Liga Arab Saudi Akan ‘Ditendang’ Dari Senarai Ke Piala Dunia”
Perkara ini diumumkan oleh badan yang diberi tanggungjawab bagi membuat bidaan bagi mewakili negara itu baru-baru ini dan menurut mereka seramai 70 ahli FIFA telah memberikan sokongan untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2034.
It’s official! We have submitted our Letter of Intent to FIFA for hosting the 2034 FIFA World Cup ✅
This move marks the first formal step in our bid process and confirms our complete commitment to #Saudi2034. This comes after SAFF received support from over 70 Member… pic.twitter.com/DqieSDVo19
— الاتحاد السعودي لكرة القدم (@saudiFF) October 9, 2023
Presiden Persekutuan Bola Sepak Arab Saudi (SAFF), Yasser Al Misehal berkata bidaan ini merupakan salah satu langkah besar yang diambil oleh negara itu untuk merealisasikan impian rakyat dan mengukuhkan lagi bola sepak di negara dari Timur Tengah itu.
“Bidaan rasmi ini merupakan salah satu cara untuk merealisasikan impian rakyat kami. Piala Dunia 2034 adalah jemputan kami kepada dunia untuk menyaksikan pembangunan Arab Saudi, mengalami budayanya dan menjadi sebahagian daripada sejarahnya. Kami sangat komited untuk membentangkan tawaran paling kompetitif yang mungkin juga akan membantu menyatukan dunia melalui bola sepak,” katanya.
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menyuarakan sokongan kepada Arab Saudi dalam kempen negara itu untuk membida bagi mendapatkan hak tuan rumah Piala Dunia 2034.
Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin berkata, bidaan ini hadir setahun selepas Qatar menjadi tuan rumah Piala Dunia pertama di Timur Tengah yang diklasifikasikan sebagai berjaya oleh Presiden FIFA, Gianni Infantino.
“Lantaran itu, Malaysia menyokong Arab Saudi sebagai satu lagi negara Asia yang mampu menyajikan Piala Dunia selepas Korea Selatan dan Jepun pada 2002 dan Qatar pada 2022.
“Piala Dunia yang diadakan di Korea Selatan, Jepun dan Qatar amat menakjubkan dan kami yakin mereka juga mampu menganjurkan kejohanan yang sama,” katanya.
Selain FAM, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) turut menyatakan sokongan kepada salah satu ahlinya untuk menjadi tuan rumah temasya terbesar dalam sukan bola sepak itu.
Setakat ini, masih belum ada negara yang mahu mencabar Arab Saudi sebagai tuan rumah bagi temasya edisi 2034.