Legenda Perancis, Marcel Desailly secara terang-terangan mengkritik bintang Manchester United, Paul Pogba dengan menyifatkan pemain tengah tersebut sebagai seorang pemain yang malas.
Pemenang Piala Dunia 1998 itu beranggapan sedemikian selepas Pogba hanya diletakkan di bangku simpanan pada pertemuan kedua pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah (UCL) 2021/22 di Old Trafford, awal pagi tadi.
Dimasukkan pada minit ke-67 bagi menggantikan Bruno Fernandes, tidak banyak yang dapat disumbangkan Pogba sehingga menyaksikan Manchester United tersingkir daripada persaingan ekoran jaringan tunggal dihasilkan Renan Lodi.
“Dari segi kualiti, anda tidak boleh membandingkan antara Pogba dengan Fred atau [Scott] McTominay serta [Nemanja] Matic.”
“Tetapi dia seorang yang pemalas, dia kadang-kadang ‘mencuri tulang’ dan tidak membantu barisan tengah ketika bertahan,” ujar Desailly menurut sumber laporan Goal.
“Apabila dia bermain dengan baik, dia sangat hebat. Apabila tidak melakukan dengan baik, dia tidak bertahan dengan baik seperti yang orang lain harapkan.”
“Dalam masa yang sama dia juga akan menipu dan tidak turun ke bawah untuk membantu rakan di bahagian tengah untuk bertahan,” tambah Desailly lagi.
Paul Pogba memulakan kempen 2021/22 dengan begitu cemerlang apabila mencipta tujuh bantuan jaringan pada tiga perlawanan awal Liga Perdana Inggeris (EPL), namun segalanya berubah dengan sekelip mata selepas beliau terpaksa diketepikan pada 14 perlawanan berturut-turut akibat kecederaan hamstring.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak seluruh dunia:
ACL 2022: Kalahkan Port FC 3-0, Ulsan Hyundai Sertai Kumpulan I
Pengerusi Middlesbrough: “Intergriti Kesukanan & Chelsea Tidak Seharusnya Pada Satu Ayat Sama”