Pengurus interim Manchester United, Ralf Rangnick tidak gembira dengan prestasi pengadil selepas pasukannya tewas kepada Atletico Madrid pada aksi kedua pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara Eropah – awal pagi tadi waktu Malaysia.

Lebih perit apabila Manchester United disingkirkan di hadapan penyokong mereka sendiri di Old Trafford.

Jaringan tunggal  Renan Lodi pada minit ke-41, memastikan Manchester United secara rasminya menamatkan musim tanpa sebarang piala sekali lagi buat musim kelima berturut turut.

Sebagai tambahan, Manchester United merupakan pasukan paling mahal di dunia.

https://twitter.com/FootballFunnnys/status/1489915582438858753

Selepas tamat perlawanan, Ralf Rangnick meluahkan rasa tidak puas hati terhadap persembahan pengadil Slovenia, Slavko Vincic yang menjadi ketua pengadil dalam perlawanan ini.

Rangnick berkata: “Ada beberapa keputusan pengadil adalah aneh, saya tidak menyatakan ia adalah faktor penentu – namun salah satu daripadanya adalah ketika mereka [Atletico] menjaringkan gol.”

“Saya percaya mereka melakukan kekasaran ke atas Anthony Elanga, namun pengadil dan penjaga garisa tidak melihat ia sebagai satu kesalahan.”

“Dia [Vinic] memudahkan Atlético untuk melaksanakan rancangan mereka untuk melengahkan perlawanan yang menyukarkan kami.”

“Pada separuh masa kedua, saya tak tahu kalau ada perlawanan yang dimainkan lebih dari 3 minit tanpa gangguan oleh seseorang yang terbaring atas padang.”

Ralf Rangnick kemudian memuji prestasi para pemainnya. Yang menurutnya mereka seharusnya mendapatkan gol dalam perlawanan ini, malang sekali, United sekali lagi tumpul.

“Kami gagal menjaringkan gol, itu benar. Kami bermain dengan baik pada separuh masa pertama, sama seperti yang kami rancang mahu lakukan, dan kami melaksanakannya pada separuh masa pertama.”

“Satu satunya perkara yang kami gagal lakukan adalah menyempurnakan permainan bertenaga kami dengan menjaringkan gol pertama berdepan dengan pasukan seperti Atletico, di mana gol pendahuluan adalah sangat penting.”

“Namun yang paling penting adalah tidak dibolosi, dan kami bolos sebelum separuh masa pertama berakhir ketikan fasa transisi.”

“Kami tah sepatutnya ketinggalan 1-0 pada separuh masa, kerana kami pasukan lebih baik pada separuh masa pertama. Sebab itulah, sangat penting untuk menjaringkan gol terlebih dahulu berdepan pasukan seperti Atletico.