Middlesbrough telah memberikan maklum balas yang pedas terhadap permintaan Chelsea untuk mengadakan perlawanan suku akhir Piala FA di Riverside dalam stadium kosong.
Chelsea akan melawat Boro pada hari Sabtu untuk satu lagi aksi selepas dibayangi oleh sekatan yang dikenakan ke atas pemilik kelab Roman Abramovich kerana kaitannya dengan presiden Rusia Vladimir Putin – yang mengarahkan pencerobohan Ukraine.
Dengan Abramovich tidak dibenarkan mengambil sebarang wang daripada pemilikannya terhadap Chelsea, kelab itu berada di bawah pemantauan yang ketat.
Antaranya mereka dilarang menjual tiket perlawanan. Hanya penyokong dengan pas bermusim sahaja dibenarkan datang ke stadium.
Bagi tiket perlawanan biasa, hanya pembeli tiket yang dijual sebelum sekatan dikenakan sahaja dibenarkan untuk memasuki stadium.
Selain itu, Chelsea turut dilarang menjual barangan rasmi kelab dan tidak dibenarkan terlibat dalam jual beli pemain.
Lebih teruk lagi apabila Chelsea dilarang untuk melanjutkan kontrak para pemainnya yang sedia ada selagi lagi mereka tidak dijual kepada pemilik baharu.
Chelsea kemudian mengajukan permintaan yang dianggap pelik dan tak masuk akal. Di mana mereka meminta perlawanan antara Chelsea dan Middlesbrough diadakan dalam stadium kosong atas alasan intergriti kesukanan.
Tindakan Chelsea itu dikritik hebat oleh ramai pihak, termasuk Middlesbrough.
Kenyataan Boro berbunyi: “Kami sedar permintaan Chelsea untuk mengadakan perlawanan pusingan keenam Piala FA Emirates pada hari Sabtu agar ianya dimainkan secara tertutup dan mendapati cadangan mereka pelik dan tanpa sebarang merit.”
“Semua yang berkenaan amat mengetahui sebab-sebab Chelsea telah dikenakan sekatan dan ini tiada kaitan dengan Kelab Bola Sepak Middlesbrough.”
“Untuk mencadangkan agar MFC dan peminat kami harus menanggung akibat [perbuatan mereka] agar kami dihukum – bukan sahaja sangat tidak adil tetapi tanpa sebarang asas kukuh.”
“Memandangkan alasan untuk sekatan ini, untuk Chelsea berusaha untuk menggunakan ‘integriti’ sukan kerana alasan agar permainan dimainkan secara tertutup adalah [alasan] ironis yang melampau.”
An @FA statement confirming @ChelseaFC have removed their request to play Saturday's @EmiratesFACup tie behind closed doors 👇https://t.co/BqOB3Fn8jQ
— Middlesbrough FC (@Boro) March 15, 2022
“Kami pada masa ini menunggu pemberitahuan rasmi daripada FA mengenai langkah seterusnya tetapi yakinlah MFC akan menentang tindakan Chelsea dengan syarat paling tegas.”
Pengerusi Middlesbrough kemudian menghentam Chelsea secara peribadi. Steve Gibson berkata: “Saya tidak pecaya! Intergriti kesukanan dan Chelsea tidak seharusnya berada pada ayat yang sama.”
“Selama 19 tahun duit korupsi mengisi kejayaan Chelsea. Adakah mereka akan bermain kesemua baki perlawanan EPL mereka dalam stadium kosong juga? Ini adalah tindakan menyedihkan daripada Chelsea.”
Boro chairman Steve Gibson:
"I can’t believe it. Sporting integrity and Chelsea do not belong in the same sentence. For 19 years corrupt money has fuelled Chelsea’s success… Are they going to play all Premier League games behind closed doors too? This is pathetic by Chelsea." pic.twitter.com/FB8TdxWWFj
— Footy Accumulators (@FootyAccums) March 15, 2022
Tidak lama selepas itu FA mengeluarkan kenyataan bahawa permintaan Chelsea itu ditolak. Dan kemudian Chelsea menurunkan hantaran mereka di Twitter berkenaan dengan permintaan yang dianggap tidak masuk akal itu.
FA dalam kenyataannya berkata: “Selepas perbincangan membina di antara FA dengan Chelsea, kelab telah bersetuju untuk membuang permintaan mereka agar suku akhir Piala FA Emirates menentang Middlesbrough diadakan di dalam stadium kosong.”
“FA masih dalam perbincangan yang masih berlarutan dengan Chelsea, Premier League dan kerajaan untuk mencari solusi yang membolehkan kedua dua penyokong Chelsea dan penyokong lawan dapat menghadiri perlawanan di Stamford Bridge, dalam pada masa yang sama memastikan agar tidak melanggar sekatan.”
— FA Spokesperson (@FAspokesperson) March 15, 2022