Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengumumkan mereka memilih Maldives sebagai tuan rumah bagi saingan Piala AFC peringkat kumpulan Zon Selatan selain perlawanan peringkat play-off.
Kelab India, JSW Bengaluru akan turun menentang kelab tuan rumah, Club Eagles pada 15 Ogos ini bagi merebut tempat dalam kumpulan D bersama tiga lagi pasukan.
The Asian Football Confederation (AFC) has today confirmed that the AFC Cup 2021 Playoff and Group Stage (South) matches will be held in the Maldives. pic.twitter.com/D0SixKNV2Z
— Asian Football (@AsianFootballs) July 19, 2021
Pemenang perlawanan play-off akan menyertai ATK Mohun Bagan (India), Maziya Sports & Recreation (Maldives) dan Bashundhara Kings (Bangladesh) dalam kumpulan D.
Saingan kumpulan D akan berlangsung pada 18, 21 dan 24 Ogos nanti dimana juara kumpulan akan mara ke peringkat separuh akhir antara zon.
Sebelum ini, saingan Zon Asean terpaksa dibatalkan kerana kegagalan AFC untuk mencari tuan rumah setelah Singapura menarik diri. Dua kelab Malaysia, Kedah Darul Aman dan Terengganu terpaksa berputih mata sekaligus tidak dapat beraksi di peringkat Asia musim ini.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:
Liga Vietnam Mungkin Ditangguhkan Hingga Tahun 2022, 14 Kelab Berdepan Risiko Bankrap
Chanathip Mahu Lebih Ramai Pemain Muda Thailand Beraksi Di Luar Negara
Youth Football Malaysia Senaraikan Pemain Yang Mungkin Dipanggil Hadapi Kelayakan AFC B-23