Pengendali Liga Vietnam (VPF) kini menimbangkan untuk menangguhkan saingan liga domestik negara itu (V. League) sehingga bulan Februari 2022 disebabkan oleh peningkatan kes COVID-19.
Menurut laporan daripada VnExpress, pengurusan liga telah bersetuju dengan cadangan tersebut dan sedang menunggu keputusan rasmi oleh Persatuan Bola Sepak Vietnam (VFF).
Penangguhan liga juga adalah untuk memberi ruang kepada persiapan skuad kebangsaan Vietnam menghadapi pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2022 yang bakal bermula pada bulan September nanti.
Several sources like OnSports (🔽) reporting that V League 2021 will be postponed until 2022 and maybe (!) continues in February.
If this is true, it'll be a huge blow for Vietnam's domestic football, clubs and players. pic.twitter.com/vhsmUB5jgJ
— Việt Nam Football 🇻🇳⚽️ (@FootyVietnam) July 18, 2021
Bagaimanapun, beberapa kelab tidak bersetuju dengan cadangan tersebut kerana ia akan memberi kerugian yang besar pada kantung kewangan mereka dan berdepan risiko bangkrap. V. League 2021 sepatutnya bersambung semula pada bulan Julai ini namun peningkatan kes COVID-19 telah menangguhkan perancangan itu.
“Walaupun liga ditangguhkan hingga tahun depan, kami masih perlu bayar gaji pemain dan memberikan mereka bonus. Kelab boleh bangkrap. VPF harus berikan bantuan kewangan kepada kelab.
“Kalau mereka fikir liga tidak boleh diteruskan, mereka perlu batalkan saingan musim ini dan mulakan musim baharu pada 2022,” kata pengarah sebuah kelab V.League kepada VnExpress.
Secara purata, setiap kelab V.League membelanjakan kira-kira VND1-2 juta (RM180,000 hingga RM370,000) sebulan untuk membayar gaji pemain, bonus dan kos pengurusan.
Pengarah Nam Dinh FC, Tran Thai Toan menyifatkan cadangan penangguhan liga hingga tahun depan adalah mengarut dan pihaknya sedia mengambil tindakan undang-undang untuk menyaman penganjur jika keputusan itu diteruskan.
“Bolehkah VPF jamin wabak COVID-19 tidak akan muncul pada bulan Februari 2022 atau mereka akan tangguh lagi? Ini akan memberi impak yang buruk pada kedudukan kewangan 14 kelab sepanjang 6 bulan liga tidak berlangsung. Siapa yang mahu bertanggungjawab?
“Cadangan mengubah jadual liga ini hanya memberi kesan kepada kelab dan mereka tidak pernah tanya pendapat kami langsung. Kelab adalah sebahagian daripada VPF dan menurut undang-undang, kami boleh saman mereka jika keputusan yang diambil memberi kesan kepada kewangan pasukan,” tegas Toan.
Selepas 12 perlawanan V.League 1, Hoang Anh Gia Lai kini berada di kedudukan teratas dengan 29 mata.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.
Qatar Tewaskan Grenada, Catat Kemenangan Pertama Saingan CONCACAF Gold Cup 2021
Chanathip Mahu Lebih Ramai Pemain Muda Thailand Beraksi Di Luar Negara
Shakir Hamzah Kembali Ke Liga Singapura Sertai Tanjong Pagar United