Selepas 3 tahun beraksi dalam saingan Liga Malaysia, pemain pertahanan dari Singapura, Shakir Hamzah akhirnya kembali ke negaranya apabila diumumkan sebagai pemain baharu Tanjong Pagar United (TPU) bagi menghadapi saingan Liga Premier Singapura (SPL).
Pemain yang berusia 28 tahun itu sebelum ini mencapai persetujuan untuk menamatkan kontrak dengan Perak FC pada musim 2021 ekoran masalah tunggakan gaji yang melanda pasukan tersebut selama beberapa bulan.
Shakir akan memakai jersi bernombor 26 dan beliau merupakan pemain kedua dari Liga Malaysia yang kembali menyertai kelab SPL selain Hariss Harun.
“Pemain pertahanan yang boleh beraksi di bahagian tengah dan kiri, kini akan memperkuatkan benteng Jaguars. Shakir mempunyai pengalaman luas dan juga dikenali sebagai seorang pemain yang pantas dan bekerja keras,” tulis kenyataan rasmi.
π Shakir Hamzah has joined Tanjong Pagar United! #SPL #GameOn
Are you excited to see him back in the league? πΈπ¬
— Singapore Premier League (@SGPremierLeague) July 16, 2021
Bekas pemain Kedah ini merupakan produk Akademi Bola Sepak Singapura dan beliau telah memulakan kerjaya professional bersama Young Lions pada tahun 2009 sebelum menyertai Lions XII pada tahun 2012.
Ketika bersama Lions XII, Shakir menjuarai Liga Super pada tahun 2013 dan pernah menyertai Tampines Rovers pada tahun 2016 dan Home United (kini Lion City Sailors) pada musim 2018.
Aksi cemerlangnya dalam saingan SPL telah memikat pengendali Kedah, Aidil Sharin Sahak untuk membawanya kembali ke Liga Super bagi memperkuatkan Helang Merah pada musim 2019. Antara pencapaian terbaik Shakir bersama Kedah ialah menjuarai Piala FA buat kali kedua.
Mempunyai 53 kaps bersama skuad kebangsaan Singapura, pengalaman yang dimiliki oleh Shakir ditagih oleh Tanjong Pagar untuk membantu memperbaiki kedudukan kedua tercorot mereka dalam SPL.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.
Persija Jakarta Tidak Sabar Beraksi Di ‘Santiago Bernabeu’ Indonesia
ACL 2021: Catat Empat Kemenangan Dan Layak Ke Pusingan Kalah Mati, BG Pathum Bawa Pulang RM1.2 Juta
Thailand Tidak Dapat Gunakan Khidmat Pemain Leicester City Hadapi Kelayakan AFC B-23