Perak dikhabarkan mahu mendapatkan khidmat bekas pemain pertahanan, Hussein El Dor bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Shakir.
Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dimana selain Hussein, Perak turut bakal membawa masuk seorang lagi pemain import iaitu Charlie Machell dari England.
Ibarat Hantu Kak Limah Balik Rumah, Perak FC difahamkan mendapatkan bekas pemain pertahanan Hussein El Dor dari Lubnan bagi menggantikan Shakir Hamzah selain menandatangani pemain tengah Charlie Machell dari England!
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) May 26, 2021
Hussein El Dor beraksi bersama Perak pada musim 2019 dimana beliau menyertai skuad The Boss Gaurus pada jendela perpindahan kedua dari kelab India, Churchill Brothers.
El Dor membantu Perak mara ke perlawanan akhir Piala FA pada musim tersebut dan beliau diturunkan dalam kesebelasan utama pada aksi final menentang Kedah. Namun, Perak berputih mata apabila Kedah memenangi perlawanan hasil jaringan Fadzrul Danel pada masa tambahan.
Baru-baru ini, Shakir memutuskan untuk meninggalkan pasukan lima bulan setelah menyertai juara Piala Malaysia 2018 itu dari Kedah.
Selain Shakir, lima lagi pemain iaitu Shahruo Saad, Guilherme De Paula, Kenny Pallraj, J.Partiban dan Nazirul Naim turut mengambil langkah sama dengan meninggalkan Perak.
Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:
Krisis Dihadapi Beri Peluang Pemain Muda Perak Bukti Kemampuan
Negeri Sembilan Semakin Hampir Dapatkan Khidmat Arthur Cunha