Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bakal menghantar skuad B-20 tahun negara bagi menghadapi saingan kelayakan AFC B-23 tahun yang bakal berlangsung di Mongolia dari 27 hingga 31 Oktober.
Pasukan negara diundi bersama Thailand, Laos dan Mongolia dalam kumpulan J dimana kita bakal merebut 15 slot terbaik bersama tuan rumah, Uzbekistan ke pusingan akhir edisi kelima kejohanan tersebut di Tashkent.
Pengguna laman media sosial Twitter yang sering membawa perkembangan mengenai pemain muda negara, Youth Football Malaysia berkongsi senarai pemain yang mungkin dipanggil oleh ketua jurulatih, Brad Maloney bagi membawa cabaran negara di Ulaanbaatar.
Penjaga Gol
Disebabkan ketiadaan Rahadiazli yang cedera, kami menjangkakan Coach Brad akan memilih
Sikh Izhan 2002 – Selangor
Firdaus Irman 2001 – Selangor 2
Riezman 2001 – JDT IIILain2 yg mungkin dipertimbangkan
Syahmi Adib 2003 – Selangor 2
Zulhilmi 2004 – AMD pic.twitter.com/z0byP4CMVS— Youth Football Malaysia (@youthfootballmy) July 18, 2021
Di posisi penjaga gol, dua pemain Selangor iaitu Sikh Izhan Nazrel dan Firdaus Irman menjadi pilihan dimana kedua-dua penjaga gol ini mempunyai pengalaman beraksi bersama skuad B-20 tahun negara.
Di posisi pertahanan pula, nama seperti Harith Haiqal, Zikri Khalili, Firdaus Ramli, Umar Hakeem, Azam Azmi Murad dan Azrin Afiq berkemungkinan besar untuk disenaraikan.
Wingbacks dlm sistem 3-4-3 coach Brad
Kanan
Azam Azmi Murad 2001 – TFC
Faiz Amer 2003 – Sel 2
Alif Farhan 2004 – AMDKiri
Umar Hakeem 2002 – JDT II
Marwan 2003 – JDT III
Adam Farhan 2004 – AMDIqmal Ramlan 2001 – Sel 2 mungkin dipertimbangkan pic.twitter.com/GVolGpaQeH
— Youth Football Malaysia (@youthfootballmy) July 18, 2021
Di bahagian tengah pula, pemain dari Selangor 2 dan Johor Darul Ta’zim (JDT) II seperti Mukhairi Ajmal dan Firdaus Khaironisam dijangka bakal mengisi bahagian tengah pasukan negara.
Mid Kanan
Arif Aiman 2002 – JDT
Muslihuddin Atiq 2001 – TFC II
Alif Mutalib 2002 – JDT IIMid Kiri
Luqman Hakim 2002 – KVK
Najmuddin 2003 – JDT III
Khairi Sufian 2003 – Sel 2Mungkin dipertimbangkan
Fahmi Daniel 2002 – Sel 2
Saravanan 2001 – Sel 2
Rohisyam Haiqal 2005 – AMD pic.twitter.com/Ft67UxePkc— Youth Football Malaysia (@youthfootballmy) July 18, 2021
Manakala di bahagian serangan, nama sinonim seperti Luqman Hakim, Arif Aiman, Muslihuddin Atiq dan Aiman Afif dijangka bakal mengetuai barisan serangan negara.
Striker
Aiman Afif 2001 – Kedah
Nazrin Nasir 2003 – Sel 2
Azhad Harraz 2003 – Skuad Projek
Abdul Rahman 2004 – AMDKami juga rasa why not try 2 striker AMD 2005
Akid Zamri 2005 – AMD &
Haykal Danish yg pernah menjaringkan gol utk PSG B13 pada tahun 2018 pic.twitter.com/flqgqVMq0n— Youth Football Malaysia (@youthfootballmy) July 18, 2021
Juara setiap kumpulan iaitu 11 pasukan akan disertai empat pasukan tempat kedua terbaik kumpulan dan juga tuan rumah, Uzbekistan bagi membentuk 16 pasukan terbaik bakal beraksi pada Piala Asia B-23 2022 yang dijadual berlangsung di Tashkent pada Jun 2022.
Sebagai rekod, Piala Asia B-23 sebelum ini dikenali sebagai Kejuaraan B-23 AFC yang mana pada empat edisi terdahulu sejak 2013, Malaysia hanya sekali berjaya melepasi saingan kelayakan dan layak ke pusingan akhir pada 2018 di China dengan mara sehingga suku akhir sebelum tewas kepada Korea Selatan.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:
Qatar Tewaskan Grenada, Catat Kemenangan Pertama Saingan CONCACAF Gold Cup 2021
Jeonbuk Hyundai Motors Daftarkan Sasalak Haiprakhon Hadapi Saingan ACL 2021
Shakir Hamzah Kembali Ke Liga Singapura Sertai Tanjong Pagar United