Kelab Korea, Jeonbuk Hyundai Motors mahu mendaftarkan pemain baharu mereka, Sasalak Haiprakhon bagi menghadapi saingan peringkat kalah mati AFC Champions League (ACL) musim ini.
Sasalak baru sahaja melengkapkan perpindahan ke Jeonbuk secara pinjaman dari Buriram United sehingga penghujung musim 2021 dan beliau berada dalam perancangan untuk beraksi dalam saingan ACL.
Jeonbuk mahu mendaftarkan Sasalak bagi mengisi kuota pemain Asia bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Takahiro Konimoto yang didaftarkan sebagai pemain tempatan.
Meskipun lahir di Jepun, namun Konimoto mempunyai pertalian darah dengan Korea Selatan melalui atuknya sekaligus membolehkan beliau disenaraikan sebagai pemain tempatan.
Jeonbuk Hyundai Motors dijadualkan bertemu kelab Thailand, BG Pathum United di perlawanan pusingan 16 pasukan terakhir yang bakal berlangsung pada 14 September nanti.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:
Shakir Hamzah Kembali Ke Liga Singapura Sertai Tanjong Pagar United
Jalil Rasheed Dilantik Sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Cardiff City
Perpindahan Kyogo Furuhashi Ke Celtic FC Bernilai RM29 Juta, Sekolah Tinggi Kokoku Terima RM435,000