Cardiff City hari ini mengumumkan perlantikan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Berjaya Corporation, Jalil Rasheed sebagai Pengarah Bukan Eksekutif baharu kelab tersebut.
“Jalil akan membantu kelab dalam membuat keputusan dan perancangan strategik serta bekerjasama rapat dengan pemilik kelab Tan Sri Vincent Tan, Pengerusi Mehmet Dalman dan Pengarah Eksekutif dan CEO Ken Choo.
“Beliau mempunyai 18 tahun pengalaman kerjaya pelaburan global, bersama syarikat seperti Abrdn & Invesco dengan peranan sebagai pemimpin kanan di Eropah dan Asia. Jalil juga pernah menjadi CEO Kumpulan dana pelaburan negara PNB termuda pada usia 37 tahun.
“Kami yakin penyokong City akan bergabung dengan Lembaga dan Kelab untuk mengalu-alukan kehadiran Jalil dan berharap dapat mencipta kejayaan bersama pada masa depan,” menurut kenyataan rasmi.
The #Bluebirds have appointed a new Non-Executive Director to the Board.#CityAsOnehttps://t.co/dtpp6HTV8S
— Cardiff City FC (@CardiffCityFC) July 15, 2021
Anak jati Raub, Pahang ini turut meluahkan rasa bangga dapat terlibat dalam kelab tersebut menerusi akaun Twitter miliknya. Bola sepak merupakan sukan kegemarannya sejak kecil.
“Terima kasih Cardiff City atas kepercayaan yang diberikan dengan melantik saya dalam lembaga pengarah. Walaupun saya tidak dapat berada di sana disebabkan sekatan perjalanan, tapi akan sentiasa memberikan sokongan dari jauh,” katanya.
Thank you to @CardiffCityFC for the trust in appointing me to the Board of Directors. Privileged & honoured to be involved in a sport I truly love. Gutted I cannot be there due to travel restriction, but will be cheering on from afar. https://t.co/sj42b5V9O3
— Jalil Rasheed (@jalilword) July 15, 2021
Bagi penglibatan dalam bola sepak Malaysia, Jalil sebelum ini turut dipilih menganggotai Pasukan Petugas Khas Presiden atau Presidential Task Force (PTF) oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin.
PTF ini bertujuan memberi peluang kepada individu-individu yang bukan dari persatuan bola sepak negeri untuk menyumbang idea membantu Presiden FAM merencanakan hala tuju badan induk bola sepak negara.
Mereka yang dipilih terdiri daripada antaranya dalam kalangan peneraju korporat, syarikat berkaitan kerajaan, pengamal undang-undang, ahli akademik, penyokong bola sepak, media serta kerabat diraja.
Dalam mengumpul maklumat sebagai usaha mencanai idea-idea baharu yang bernas, PTF turut diberi hak untuk mengadakan sesi perbincangan dengan pemegang taruh industri bola sepak.
Baca artikel lain mengenai Jalil Rasheed melalui pautan dibawah.