Kelab divisyen 1 Belgium, KV Kortrijk sebentar tadi baharu sahaja mengumumkan secara rasmi pelantikan Jalil Rasheed sebagai salah seorang pengarah dalam kelab tersebut, melalui kenyataan rasmi dilaman web mereka.

Jalil Rasheed menurut kemaskini dilaman web kelab itu, yang memiliki lebih 18 tahun pengalaman dalam bidang pelaburan serta business leadership di beberapa buah negara seperti United Kingdom, Amerika Syarikat, Singapura dan Malaysia dijangka akan memberikan kelebihan kepada KV Kortrijk itu sendiri.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BERJAYA itu juga telah menzahirkan rasa terima kasih beliau kepada Board of Directors KV Kortrijk diatas pelantikan itu dan beliau turut menyatakan tidak sabar untuk berjumpa dengan semua tidak lama lagi.

Ketokohan beliau telah berjaya menarik minat Tan Sri Vincent Tan untuk menerajui Kumpulan BERJAYA sejak bulan Mac lalu dan dijangka akan turut memberikan sumbangan dalam perkembangan bola sepak di Malaysia serta kelab KV Kortrijk dimasa hadapan.

Untuk makluman juga, Jalil Rasheed turut terpilih sebagai salah seorang dari 9 anggota dalam pasukan petugas khas Presiden FAM, dimana perkara ini telah diumumkan pada 6 Mei 2021 yang lalu.

Sembilan-Individu-1024×684

Diharapkan dengan pelantikan sebagai salah seorang pengarah kelab KV Kortrijk ini mampu untuk memberikan satu suntikan yang positif untuk bola sepak Malaysia yang ketika ini banyak pasukan seperti tiada hala tuju.

Syabas kami ucapkan diatas pelantikan ini, Jalil Rasheed!

Teruskan membaca artikel-artikel lain yang telah kami sediakan seperti dibawah.

Olimpik 2020: Mexico Tewaskan Jepun Dalam Penentuan Pingat Gangsa

Barcelona Sahkan Perpisahan Dengan Lionel Messi

Tok Gajah Tidak Dapat Guna Khidmat Manuel Hidalgo

Sumber