Liga Pro Belgium sebelum ini mengumumkan bahawa mereka menjadi liga pertama membatalkan dan menamatkan liga lebih awal – kerana wabak koronavirus.
Keputusan itu dibuat selepas mereka merasakan sukar untuk mencari tarikh menyambung liga.
Pada masa yang sama, Liga Pro Belgium juga mahu menobatkan Club Brugge sebagai juara liga, dan Waasland-Beveren pula disingkirkan.
Tetapi semalam dilaporkan, Liga Pro Belgium bakal mengadakan satu lagi mesyuarat tergempar menerusi persidangan video melibatkan ahli gabungannya.
Mereka kali ini mahu membincangkan kemungkinan mahu meneruskan baki perlawanan liga 2019/20 dan menarik semula keputusan sebelum ini – di mana mereka mahu membatalkannya.
Liga Pro Belgium merasakan mereka perlu mendengar saranan UEFA agar liga musim ini ditamatkan dengan sebaiknya.
UEFA dan FIFA sudah memberikan ruang kepada semua liga terutama sekali di Eropah untuk menamatkan musim 2019/20 seperti biasa.
Malah FIFA dan UEFA telah bersetuju bahawa keutamaan musim ini adalah menamatkan liga 2019/20 berbanding dengan memikirkan permulaan musim liga 2020/21.
UEFA sudah menegaskan bahawa, null and void / pembatalan liga adalah opsyen yang paling akhir di dalam pertimbangan.
Satu mesyuarat khas dijangka akan diadakan dalam ini akan membincangkan perkara tesebut sebelum dibawa ke mesyuarat agung tahunan pada 15 April. Namun mesyuarat tersebut sah akan ditunda ke 24 April.
Mesyuarat agung tahunan ini akan memilih kepimpinan yang baharu. Namun buat masa ini, mereka yang sedang menggalas tugasan akan terus kekal menggalas jawatan mereka sehingga pemilihan baharu dibuat.
Selain daripada itu, Liga Pro Belgium hanya ada baki 1 lagi perlawanan. Adalah amat rugi untuk mereka tidak menamatkan liga mereka, dan mendapat bayaran penuh daripada hak penyiaran.
Ahli gabungan juga akan membincangkan impak daripada pembatalan liga kepada kewangan kelab terutama sekali kelab kecil.
Selain itu, mereka risau pembatalan liga akan mempengaruhi slot pasukan mereka di Eropah. Ini kerana kebanyakan liga di Eropah ketika ini sudah berikrar untuk menamatkan liga merekas seperti biasa.
Selain daripada Liga Pro Belgium, Liga Perdana Scotland (SPFL) juga antara liga yang sebelum ini mahu menamatkan liga lebih awal daripada sepatutnya. Mereka mahu menobatkan Celtic sebagai juara.
Jika Liga Pro Belgium ini membuat pusingan-u, adakah SPFL membuat perkara serupa?
Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Eropah:
Mourinho Menyesal Langgar Protokol Kerajaan, Sedia Terima Hukuman
Berapa Jumlah Kerugian Yang Ditanggung EPL Jika Liga Dibatalkan?