Liga Perdana Inggeris terkesan teruk kerana covid-19. Anda bayangkan, jika liga paling kaya di bumi ini terkesan, apatah lagi liga yang lain.

CEO Pertandingan Liga Perdana Inggeris, Richard Masters menyatakan impak virus tersebut kepada liga Inggeris sangat mengejutkan.

Ini ditambah dengan ianya pengalaman pertama mereka berhadapan dengan situasi seperti ini.

Richard Masters memberikan komen tersebut selepas mendapat informasi daripada Julian Knight, yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Digital, Budaya, Media dan Sukan.

Knight sebelum ini sudah berunding dengan para pemain agar menerima pemotongan gaji 30% bagi membantu kewangan kelab yang sedang tenat.

Knight juga meminta agar kelab tidak terus memilih opsyen menggunakan skim khas bantuan kerajaan untuk membayar gaji staf bukan pemain. Sebaliknya cuba berunding dengan pemain untuk memotong gaji.

Berapakah kerugian yang ditanggung EPL?

Menurut Richard Masters, secara keseluruhannya kesemua kelab EPL akan menanggung sekurang-kurangnya £1 billion sekiranya mereka tidak menamatkan saingan liga musim ini.

Daripada hak penyiaran sahaja mereka akan terpaksa menanggung kerugian £792 juta.

Oleh sebab itu, beliau tidak rasa idea untuk membatalkan/memansuhkan liga adalah pilihan yang tepat, di kala kesemua pasukan mengalami kerugian.

Kesannya akan lebih dirasai kelab kecil berbanding dengan kelab big six.

Seterusnya jika pasukan mencatatkan kerugian yang besar, mereka tidak akan dapat menandatangani pemain baharu dan terpaksa menjual pemain yang mereka ada untuk menambahkan dana.

Bagi pasukan yang bersaing di pentas Eropah, ianya bakal memberikan impak kerana mereka tak dapat menguatkan lagi pasukan.

Masters berkata: “Kita akan berhadapan dengan kerugian sekurang-kurangnya £1 billion, jika kita gagal menamatkan liga musim ini.”

“Kerugian ini akan terus meningkat, jika pandemik ini lebih panjang.”

Pada ketika ini, Liga Perdana Inggeris masih digantung sementara kerana penularan wabak koronavirus.

Premier League sudah menyatakan bahawa mereka akan meneruskan liga musim ini dan tidak akan memansuhkannya.

Ini bagi menjaga intergriti pertandingan. Dan pada masa yang sama mahu memastikan pasukan tidak terjejas lebih teruk kerana pandemik yang melanda.

Masters tidak setuju dengan tindakan pasukan seperti Newcastle, Spurs dan Bournemouth yang menggunakan skim bantuan khas untuk membayar gaji staf bukan pemain.

https://twitter.com/AnfieldWatch/status/1247584653239824388

Liverpool baru sahaja membuat pusingan U dalam keputusan mereka selepas dikecam oleh peminat sendiri termasuk organisasi seperti Spirits Of Shankly.

Masters sedar akan hakikat, ianya akan mengambil masa yang agak panjang untuk setiap pasukan di Liga Inggeris dapat keluar daripada impak kerugian selepas ini.

Baca artikel berkaitan bola sepak Eropah yang lain:

Peminat Heerenveen Tidak Mahu Doan Van Hau Kekal Bersama Pasukan

Ronaldinho Akhirnya Bebas Dari Penjara Selepas Diikat Jamin Sebanyak RM6 Juta

EPL Tidak Dibatalkan Namun Penggantungan Dilanjutkan