Pengurus Tottenham Hotspur, Jose Mourinho menyesal di atas tindakannya melanggar perintah lockdown oleh kerajaan UK.
Mourinho sebelum ini didapati berada di taman dan mengadakan sesi latihan dengan pemain tengah Spurs Tanguy Ndombele pada Selasa.
Mourinho dan Ndombele dilihat sedang berbincang dan tidak mengamalkan social distancing dalam sesi tersebut.
Selain itu, kelihatan juga beberapa pemain lain turut berada di Hadley Common iaitu Davinson Sanchez dan Sessegnon.
Namun Spurs menjelaskan dua pemain tersebut, hanya berjogging di taman dan kebetulan lalu di hadapan Jose Mourinho dan Tanguy Ndombele.
Spurs sudah menyatakan kekecewaan mereka di atas apa yang berlaku dan dijangka akan mengambil tindakan ke atas mereka yang terlibat.
Kerajaan UK sebelum ini membenarkan rakyatknya untuk bersenam di halaman rumah, namun hanya dengan orang dalam isi rumah mereka.
Mourinho berkata: “Saya menerima apa sahaja hukuman di sebalik perbuatan saya melanggar protokol kerajaan. Di mana kita hanya boleh bersentuhan dengan keluarga dan isi rumah kita sahaja.”
“Ia sangat penting untuk kita semua memainkan peranan bagi mengikuti arahan kerajaan dalam usaha membantu wira kita di NHS menyelamatkan nyawa.”
Spurs berhubung setiap hari dengan para pemain mereka menerusi atas talian. Mereka juga seperti pasukan EPL yang lain, memberikan informasi kepada pemain termasuk isu latihan menerusi atas talian.
Bulan lalu, Jose Mourinho menjadi sukarelawan membantuĀ Age UK serta Love Your Door Step – menyediakan bungkusan makanan dan keperluan lain bagi membantu warga emas yang terjejas kerapa krisis koronavirus.
Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Eropah:
Mourinho Langgar Perintah ‘Social Distancing’, Tetap Berdegil Adakan Latihan Bersama Pemain
Berapa Jumlah Kerugian Yang Ditanggung EPL Jika Liga Dibatalkan?