Bundesliga meletakkan sasaran bahawa mereka mahu menyambung semula aksi pada awal bulan Mei. Perkara itu disahkan sendiri oleh CEO Liga Bola Sepak Jerman Christian Seifert kepada New York Times.
Dua liga utama Jerman masih digantung sehingga 30 April kerana koronavirus. Dan kedua dua liga – Bundesliga & 2. Bundesliga – dijangka akan bersambung semula pada awal Mei dalam stadium kosong.
Bundesliga berharap akan dapat menamatkan musim ini menjelang 30 Jun.
Seifert berkata: “Bola sepak sudah menjadi sebahagian budaya di negara ini. Ramai yang menanti hidup mereka kembali normal. Ia akan dikembalikan kepada mereka dengan bersambungnya Bundesliga kembali.”
“Ini adalah sebab utama kita berada di sini, memainkan peranan kami. Liga bolas sepak akan sentiasa menyokong langkah kerajaan dan berbincang dengan mereka – bila bola sepak boleh dimainkan semula.”
“Semakin cepat kita dapat tamatkan liga ini, semakin fleksibel kita dapat membantu landskap bola sepak di Eropah.”
Interview: Bundesliga CEO says:
– all teams back in training
– planning to resume season early May behind closed doors and finish before June 30
– no fans expected until next year
– transfer market will collapse— tariq panja (@tariqpanja) April 8, 2020
Seifert juga menegaskan, memansuhkan liga tidak akan membantu. Ini kerana ianya akan memberikan kesan yang sangat serius kepada kelab dari segi kewangan.
Beliau menegaskan, jika liga musim ini tidak ditamatkan, hampir separuh daripada pasukan di Jerman berpotensi muflis.
Beliau juga mahu semua kelab berusaha menangani masalah yang melanda dan belajar daripadanya.
Dalam perkembangan berkaitan, semua kelab dibenarkan untuk memulakan latihan. Ia sebagai rangka persiapan kepada liga yang bakal disambung pada bulan hadapan.
Bundesliga clubs have been allowed to return to training.https://t.co/8bpGd5aLIW pic.twitter.com/pLAmjXMBXn
— BBC Sport (@BBCSport) April 6, 2020
Baca lagi perkembangan bola sepak Eropah di sini:
Berapa Jumlah Kerugian Yang Ditanggung EPL Jika Liga Dibatalkan?
Messi Bukan Penyelesaian Masalah Serie A Yang Tak Pandai Buat Duit