Presiden La Liga, Javier Tebas menyatakan bahawa Lionel Messi tidak akan dapat menyelesaikan masalah yang melanda Serie A.
Di mana liga tersebut berhadapan dengan masalah kewangan. Ada beberapa kelab mereka tidak memiliki pendapatan yang cukup dan sehingga beberapa kelab sebelum ini muflis.
Beberapa hari lalu, bekas presiden Inter Miln, Massimo Moratti mendedahkan bahawa, Inter Milan berminat untuk mendapatkan Lionel Messi.
Moratti sedar bahawa ianya bukan mudah, namun beliau menegaskan: “Ianya bukan impian yang salah di sisi undang undang.”
Ramai berpendapat, kehadiran Lionel Messi akan membantu melonjakkan nama Serie A dan menarik banyak tajaan.
Ini kerana, Messi akan bertemu dengan Cristiano Ronaldo sekali lagi di sana. Messi musim ini sudah beberapa kali tidak sehaluan dengan pengurusan tertinggi.
Antaranya, Messi meluahkan beliau kecewa apabila Pengarah Sukan Barcelona, Eric Abidal menuduh pemain sebagai punca Ernesto Valverde dipecat.
Terbaru Lionel Messi juga dikatakan tidak sehaluan dengan lembaga pengarah Barcelona yang mahu memotong 70% gaji pemain ketika koronavirus.
Messi turut dikatakan masih tidak melanjutkan kontrak di Barcelona kerana masih tidak berpuas hati dengan pengurusan tertinggi dalam beberapa perkara.
Piqué on pre-season/leaks, Busquets on squad planning, Messi hitting back at Abidal, social media storm, some telling quotes by Xavi and Monday's statement – piece on all the friction with Bartomeu's board at Barça this season #FCBlive https://t.co/HvXrR6Do3Z
— Ben Hayward (@bghayward) March 31, 2020
Messi dengan terbuka membalas balik kenyataan Abidal dan menganggap ia tidak berasas.
Perkara itu membuatkan Inter Milan dikatakan mahu mencuba untuk membida Lionel Messi.
Namun begitu, Javier Tebas menganggap, pemergian Messi ke Serie A tidak akan memberikan kebaikan kepada La Liga dan pada masa yang sama tidak akan membantu menaikkan Serie A secara drastik.
Malah beliau memberikan contoh, sebelum ini Serie A menerima kedatangan Cristiano Ronaldo, namun masih belum dapat menjadikan liga itu sebagai liga no.1 di Eropah.
Dan beliau yakin, kehadiran Messi pun tidak akan dapat membantu menampal kegagalan itu.
Tebas kemudian memberikan komen pedas menyatakan, imej Serie A itu sendiri sudah banyak calar dengan masalah kewangan yang kerap melanda kelab mereka.
Tebas menyatakan bahawa, Serie A adalah liga yang tidak pandai membuat duit. Di mana mereka tidak dapat mengaut keuntungan yang lebih besar daripada hak penyiaran.
Selain itu, hasil kutipan pada hari perlawanan beberapa kelab pertengahan dan bawahan adalah sangat teruk.
“Saya tidak rasa kehadiran Messi akan menyelesaikan masalah Serie A.”
“Malah mereka kerapkali dicemari dengan berita tentang beban hutang yang tinggi serta hasil kutipan yang rendah,” tegas Tebas kepada wartawan dalam satu wawancara video.
“Serie A dalam keadaan yang sangat tegang, dan masalah ekonomi ini tidak akan diselesaikan hanya dengan membawa Lionel Messi ke sana.”
Selain daripada itu, Tebas menepis dakwaan bahawa La Liga tidak boleh kehilangan Messi kerana risau publisiti liga akan menurun.
Ini selepas mereka kehilangan Neymar dan Cristiano Ronaldo sebelum ini.
Tebas berkata: “Saya nak Messi kekal di sini [La Liga]. Namun jika beliau nak angkat kaki, itu tidak akan menjadi satu sandiwara.”
Ronaldo's exit from Real Madrid had no major impact on LaLiga and neither would Messi's, says LaLiga president Javier Tebas…https://t.co/lV7aKRMNSW
— AS USA (@English_AS) April 7, 2020
“Saya pernah menyatakan sebelum ini, tanpa Cristiano Ronaldo, liga ini akan kehilangan banyak duit, namun sebaliknya pula berlaku, di mana kami mendapat lebih banyak duit termasuk di Portugal.”
“Pemain-pemain bintang ini hanya membantu, tetapi mereka bukan jaminan kepada kejuaraan.”