Bundesliga akhirnya kembali semula menyambung aksinya dengan garis panduan yang sangat ketat.

Memang agak janggal rasanya melihat Bundesliga beraksi di stadium kosong. Kerana liga mereka adalah liga yang memiliki rekod kehadiran tertinggi di Eropah dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Namun begitu, Hertha Berlin menghadapi masalah dengan keraian gol para pemain mereka. Ini selepas ada pemain yang melanggar garis panduan jarak sosial dalam kemenangan 3-0 ke atas TSG Hoffenheim.

Setelah mencatatkan kedudukan 0-0 untuk 45 minit pertama, Hertha Berlin memecahkan kebuntuan menerusi percubaan voli jarak jauh dari Peter Pekarík.

Semasa keraian gol, Dedryck Boyata dari Berlin dilihat telah mencium rakan sepasukan Marko Grujic di pipi, melupakan panduan baru yang telah dibuat.

Pemain tidak semestinya terlibat dalam pelukan, berjabat tangan, atau hubungan rapat dalam keraian gol.

Tindakan Boyata itu jelas melanggar peraturan penjarakan sosial. Dalam beberapa perlawanan semalam, pemain Borussia Dortmund telah meraikan gol mereka mengikut garis panduan ditetapkan.

dortmund

Sementara pemain Freiburg hanya bersentuhan / berlaga siku untuk meraikan gol mereka.

laga siku

Oleh itu, Dedryck Boyata menjadi pemain pertama di Eropah yang melanggar peraturan jarak sosial yang ketat di Bundesliga.

Satu lagi insiden dalam aksi melibatkan Mochengladbach, di mana Marcus Thuram memulakan keraian gol dengan jarak sosial, tetapi ketika Bensebaini datang untuk menyambutnya, dia secara spontan memberikan pipinya.

Bundesliga buat masa ini tidak akan menghukum pemain yang meraikan gol dengan melanggar peraturan jarak sosial.

Tetapi kerajaan Jerman boleh mengambil tindakan ke atas perkara itu. Keadaan akan menjadi lebih teruk, jika kerajaan memberikan amaran untuk menghentikan liga, walaupun kesemua pemain yang beraksi sudah melakukan saringan berkala.

Baca juga perkembangan lain dari Eropah

Bundesliga: Dortmund Belasah Schalke Dalam Aksi Derbi

Houllier Tuduh Pembatalan Ligue 1 Satu Konspirasi Kerajaan Ke Atas Lyon

Separuh Daripada Kelab EPL Mahu Halang Pemilikan Saudi Di Newcastle