Adakah kerajaan Perancis bersekongkol untuk menentang Olympique Lyonnais ketika mereka memutuskan untuk melarang sebarang acara sukan berlangsung di negara ini sebelum bulan September kerana adanya koronavirus?
Gérard Houllier percaya dengan teori konspirasi itu.
Dalam wawancara dengan OLTV (melalui Daily Mail), bekas pengurus Liverpool FC dan Lyon itu tidak dapat menahan geramnya ke etas Presiden Emmanuel Macron dan Perdana Menteri Edouard Philippe.
Ini kerana penglibatan mereka dalam mematikan Ligue 1, menurut Houllier.
“Ada pakatan di antara Olympique de Marseille dan Paris Saint-Germain dan ia memberikan impak keras.”
“Ada persekutuan yang dibuat dengan persetujuan antara rakan-rakan kongsi Ligue 1 dan saya rasa semua itu adalah satu plot, rancangan untuk menghapuskan Lyon.”
“Perkara ini akan ditutup kerana saya fikir kerajaan negara Perancis terlibat. Saya mengikuti semua sidang media oleh Emmanuel Macron dan Edouard Philippe, dan mereka tidak pernah bercakap mengenai sukan. ”
“Secara kebetulan, pada akhirnya, dikatakan bahawa Ligue 1 tidak akan dapat disambung semula. Ini adalah kali pertama mereka bercakap mengenai sukan. Saya merasa agak pelik.”
Houllier Believes Ligue 1 Cancelation Was a Government Conspiracy Against Lyon https://t.co/Bci6FXWfKN
— PSG Talk (@PSGTalk) May 16, 2020
“Saya mendapati ini sangat tidak adil.”
“Kejuaraan tidak boleh berhenti pada hari ketiga, 19, atau 28. Kita menuju ke penghujungnya, jika tidak, kita harus menganggap ianya sebagai batal dan tidak sah. ”
Houllier membangkitkan bahawa pada 28 April, Eduoard Philippe telah mengumumkan untuk menghentikan sukan di Perancis hingga September.
Dan kemudian Ligue 1 memutuskan untuk menamatkan awal atas alasan tidak mendapat persetujuan kerajaan.
PSG diumumkan sebagai juara liga.
Lyon pula berada dalam kedudukan tidak dapat bermain di Eropah buat pertama kali sejak 1997 di dalam sejarah kelab mereka.
Baca juga perkembangan lain dari Eropah
UEFA Akhirnya Akui Pengadil Membantu Kemenangan 6-1 Barca Ke Atas PSG
Mohammed Bin Salman Mungkin Tak Jadi Beli Newcastle Sebaliknya AS Roma
La Liga Sudah Tetapkan Tarikh Sambung Semula Liga 20 Jun Ini