Kapten Marseille, Valentin Rongier mempunyai imej seorang budak lelaki yang baik yang tidak pernah mengeluarkan kata kata kasar kepada orang lain.
Baca Juga:
- FIFA Tak Ambil Tindakan Ke Atas Jerman Kerana Protes Larangan Pemakaian Lilitan Pelangi
- Takut Kena Kad Kuning Sebelum Sepak Bola, Tiada Lilitan Pelangi Di Qatar
- Piala Dunia 2022: Southgate Sahkan England Akan Berlutut, Kane Mahu Pakai Lilitan Pelangi
Namun kali ini dia agak tegas mengecam mana mana pemain termasuk pemain pemain Marseille yang menolak untuk memakai jersi yang ada logo pelangi tanda sokongan kepada LGBTQ.
Ligue 1 meraikan minggu pelangi pada minggu ini. Dan sudah ada beberapa pemain enggan memakainya kerana bercanggah dengan prinsip agama dan kepercayaan mereka.
Di Marseille, kesemua pemain mereka setuju memakai jersi dengan ada simbol pelangai.
Sementara terdapat beberapa orang pemain di Nantes atau Toulouse yang enggan menggunakan jersi itu. Zakaria Aboukhlal dengan terbuka menolak untuk memakai jersi yang ada sebarang simbol pelangi.
Morocco’s international football star Zakaria Aboukhlal releases a statement after criticism from fans following his decision to refuse to wear a pride-themed jersey during Sunday’s Ligue 1 match against Nantes.#news #sport #morocco #nantes #toulouse pic.twitter.com/uwBiKjlJEz
— Islam Channel (@Islamchannel) May 15, 2023
Kemudian, di PSG pada pada musim-musim sebelumnya, ada pemain yang tidak berkenan untuk mematuhi peraturan yang digubal oleh LFP untuk memerangi diskriminasi terhadap komuniti LGBT.
“Ia adalah situasi yang sangat rumit. Anda perlu mengambil kira semua itu. Tetapi saya juga fikir ia adalah masalah komunikasi. Anda perlu memberitahu pemain ini bahawa mereka hanya diminta memakai jersi ini bukannya suruh mereka pergi perarakan di G*y Pride.”
Valentin Rongier ne comprend pas les joueurs qui ont refusé de porter le maillot arc-en-ciel https://t.co/R9EOyl70UE
— Foot Mercato (@footmercato) May 19, 2023
“Ia hanya untuk mengatakan pendirian bahawa kita perlu melawan hom*fobia kerana terdapat ketidakadilan , orang yang dipukul, dibunuh kerana mereka h***seksual dan pada tahun 2023, situasi seperti ini tidak boleh berlaku lagi.”
“Kita perlu mendesaknya, melawan ketidakadilan ini. Selepas itu, sukar untuk bercakap mengenainya tanpa menimbulkan kontroversi,” kata pemain tengah itu.
À l'intérieur du vestiaire parisien. 👕🔴🔵#PSGACA 🔜 pic.twitter.com/ZKksjm6vRx
— Paris Saint-Germain (@PSG_inside) May 13, 2023
“Saya tidak dapat memberikan pendapat saya. Tetapi di bilik persalinan, di rumah, tiada perbincangan. Kita tahu bahawa terdapat hanya satu hari dalam setahun untuk komuniti LGBT.”
“Bersetuju atau tidak bersetuju dengan itu adalah satu perkara lain, tetapi pemain tidak diminta untuk berarak di jalan untuk menyokong. Ia hanya jersi dengan logo sahaja…” , keluh Ronier.
“Ia perkara biasa. Ia adalah sukan yang sangat popular, ditonjolkan, disiarkan oleh semua televisyen. Semua orang menonton, kanak-kanak, orang tua, tidak dapat dielakkan ia membuat orang bercakap.”
“Saya ingin kita kurang bercakap mengenainya untuk kontroversi ini dan lebih banyak lagi untuk kebahagiaan itu membalas kembali kepada orang ramai,” jelas kapten Marseille itu lagi dengan nada tegas.