FA Perancis membuat satu keputusan kontroversi dimana mereka tidak membenarkan pengadil untuk menghentikan perlawanan liga domestik bagi memberi laluan kepada pemain beragama Islam untuk berbuka puasa ketika permainan.
Menurut perkongsian media sukan Perancis, FA Perancis telah menghantar email kepada semua pengadil dimana badan itu tidak membenarkan permainan dihentikan untuk memberi laluan kepada pemain beragama Islam untuk berbuka puasa.
La FFF a envoyé un mail à tous les arbitres de France pour rappeler qu’il est interdit d’interrompre un match suite à la rupture du jeûne du ramadan.
📸 @mehdii_dz7 pic.twitter.com/4A0kBB0LG1
— Actu Foot (@ActuFoot_) March 31, 2023
Menurut badan tersebut, keputusan tersebut diambil selari dengan pendirian mereka yang tidak membenarkan campur tangan politik, agama, ideologi dan kesatuan mana-mana badan.
Beberapa pemain seperti Lucas Digne (Aston Villa) dan Amine Harit (Marseille) mengkritik tindakan yang diambil FA Perancis ini dimana mereka kecewa di tahun 2023 diskriminasi terhadap pemain beragama Islam masih terjadi.
Sementara itu, pemain tengah Everton, Abdoulaye Doucoure menegaskan saingan EPL merupakan liga terbaik untuk mana-mana pemain yang beragama Islam.
Keputusan ini nyata berbeza dengan pendekatan yang diambil oleh Liga Perdana Inggeris (EPL) dimana mereka memberitahu pegawai perlawanan agar menghentikan permainan untuk memberi laluan kepada pemain berbuka puasa.
EPL memiliki ramai bintang yang beragama Islam, termasuk bintang Liverpool, Mohamed Salah, bintang Chelsea, N’golo Kante, dan bintang Manchester City, Riyad Mahrez.
Bulan Ramadan adalah bulan di mana umat Islam seluruh dunia akan berpuasa. Ini termasuk pemain pemain beragama Islam yang bermain di EPL. Premier League sudah memberitahu para pegawainya agar cakna dengan isu ini. Mereka akan berkomunikasi dengan pasukan yang bermain pada hari tersebut dan mendapatkan maklumat tentang pemain pemain yang berpuasa, jika ada.