Penyerang KV Kortrijk, Terem Moffi semakin hampir untuk melengkapkan perpindahan ke kelab Ligue 1 Perancis, FC Lorient dengan yuran perpindahan sebesar €8 Juta atau RM38.6 Juta.
Yuran perpindahan Moffi ini menjadi antara transaksi terbesar Kortrijk dari segi penjualan pemain dimana mereka pertama kalinya menjual pemain dengan memperoleh pendapatan melebihi €3 Juta.
Rekod transaksi tertinggi sebelumnya dipegang oleh Youcef Atal yang berhijrah ke OGC Nice pada 2018 lalu dengan yuran perpindahan sebesar €3 Juta atau RM14.5 Juta.
Kelab terdahulu Moffi sebelum berhijrah ke Kortrijk, FK Riteriai turut mendapat sebahagian daripada yuran perpindahan yang dibayar oleh Lorient. Riteriai dikhabarkan bakal menerima €1 Juta atau RM4.8 Juta.
Kortrijk sebelumnya menolak tawaran sebesar €5 Juta dari Lorient kerana merasakan harga tersebut sedikit rendah dibandingkan dengan kualiti yang dimiliki oleh pemain berusia 21 tahun itu.
Lorient kemudiannya membuat bidaan akhir berjumlah €8 Juta dan nilai tersebut dianggap cukup untuk Kortrijk melepaskan Moffi ke kelab Perancis itu.
Penghijrahan Moffi ke FC Lorient dilihat sebagai satu rahmat buat penyerang skuad B-19 tahun negara, Luqman Hakim dimana beliau kini mempunyai peluang cerah untuk beraksi bersama skuad senior KV Kortrijk.
Baca artikel lain mengenai Terem Moffi di sini:
Kelab Ligue 1 Perancis, FC Lorient Semakin Hampir Dapatkan Terem Moffi
Terem Moffi Kembali Cergas, Sedia Rebut Tempat Dalam Kesebelasan Utama
Kelab Bimbingan Steven Gerrard Perlu Bayar RM24.7 Juta Jika Mahu Dapatkan Terem Moffi