Kelab yang beraksi dalam saingan Ligue 1 Perancis, FC Lorient dikhabarkan semakin hampir untuk mendapatkan khidmat penyerang KV Kortrijk, Terem Moffi.
Lorient dilaporkan membayar yuran perpindahan kira-kira €8 Juta atau RM38.6 Juta bagi mendapatkan Moffi dan proses perpindahan tersebut dijangka selesai pada awal minggu hadapan.
Setelah menampilkan aksi memberangsangkan dalam saingan Jupiler Pro League musim ini, beberapa kelab seperti FC Lorient dan juga Rangers yang dibimbing Steven Gerrard menyatakan mereka berminat untuk mendapatkan pemain tersebut.
Kemasukan Moffi bagi menggantikan tempat yang akan ditinggalkan oleh Pierre-Yves Hamel yang berkemungkinan besar bakal berhijrah ke saingan EFL Championship.
Jika Moffi meninggalkan KV Kortrijk, maka ini adalah peluang keemasan bagi penyerang skuad B-19 tahun negara, Luqman Hakim untuk mencari tempat dalam kesebelasan utama pasukan.
Baca artikel lain mengenai Terem Moffi di sini:
Terem Moffi Kembali Cergas, Sedia Rebut Tempat Dalam Kesebelasan Utama
Kelab Bimbingan Steven Gerrard Perlu Bayar RM24.7 Juta Jika Mahu Dapatkan Terem Moffi
Kenali Terem Moffi, Pesaing Utama Luqman Hakim Untuk Posisi Penyerang Utama Pasukan