AS Roma telah menghubungi Putera Mahkota Arab Saudi – Mohammed bin Salman – untuk membincangkan kemungkinan pengambilalihan kelab itu walaupun dia berminat dengan Newcastle.
Konsortium Amanda Staveley menghadapi kelewatan lagi dalam tawaran £300 juta untuk membeli Magpies dari Mike Ashley.
Dan kelab Serie A telah menghubungi dan bertanya dengan pihak Saudi itu kerana perkembangan terkini dari St.James’ Park dilihat tergendala seketika.
Pemilik Roma, James Pallotta telah melantik Goldman Sachs untuk mencari pembeli untuk kelabnya. Lalu broker tersebut menyedari keadaan di Newcastle.
Kelewatan untuk memperoleh kesepatakan rasmi untuk memiliki kelab Liga Perdana itu berlaku walaupun kesemua dokumen yang ditandatangani telah diserahkan kepada pihak berkuasa pada minggu lalu.
Baru baru ini dilaporkan terdapat 10 kelab Liga Perdana Inggeris ‘menentang’ pengambilalihan Newcastle. Ini selepas kerajaan Saudi dikaitkan dengan skandal mencabuli hak asasi manusia dan juga terlibat dalam penstriman haram EPL di Timur Tengah.
Report claims Roma have made enquiries to Saudi Crown Prince Mohammed bin Salman over possible takeover – if #NUFCTakeover falls throughhttps://t.co/SpiqoAzsp4 pic.twitter.com/0yaIxuLxCa
— The Chronicle (@ChronicleNUFC) May 14, 2020
Satu lagi perbincangan telah diadakan dengan Putera Mahkota Saudi baru baru ini dan Newcastle masih berharap Mohammed Bin Salman masih berminat dengan kelab mereka.
Pallotta telah lama berusaha menjual Roma – dan beliau menggunakan tarikan utama Roma terletak kepada merit kelab itu yang dianggapnya lebih baik dari Newcastle.
AS Roma cuba memanfaatkan situasi yang melanda di Newcastle pada ketika ini untuk menyailang perjanjian itu.
Roma seringkali menyertai pertandingan Eropah dan memiliki struktur serta kompleks bola sepak yang lebih baik.
Dan dia yakin mereka akan memberikan alternatif yang kuat kepada Mohammed bin Salman.
Mohammed bin Salman ketika ini dalam fasa akhir untuk penilaian beliau sebagai pemilik. Malah ada beberapa ahli parlimen Britain juga dilihat mahu campur tangan kepada perkara tersebut.
Baca juga perkembangan lain dari Eropah
Separuh Daripada Kelab EPL Mahu Halang Pemilikan Saudi Di Newcastle
BeIN Dan Amnesty Desak EPL Halang Pemilikan Saudi Di Newcastle, Kenapa?
Pengambilalihan Newcastle: Putera Mahkota Saudi Sudah Bayar Wang Pendahuluan