Nicolo Zaniolo memberikan gol kejuaraan trofi Eropah pertama buat AS Roma aksi final Liga Persidangan Eropah (UECL) dengan gol tunggal dalam kemenangan 1-0 ke atas Feyenoord.
Sekaligus menjadikan AS Roma sebagai juara edisi sulung pertandingan kelas ketiga eropah itu.
🟨🏆🟥#ASRoma pic.twitter.com/AmzUD3FjdH
— AS Roma (@OfficialASRoma) May 26, 2022
Pemain antarabangsa Itali, Zaniolo menjaringkan gol dengan penyudah pada minit ke-32 selepas pertahanan Feyenoord tersilap agak bola.
Ini juga merupakan piala pertama dimenangi AS Roma sejak 2008 dan menamatkan musim pertama yang berjaya untuk pengurus Jose Mourinho di Rom.
Mourinho terharu dengan piala kontinental kelimanya sebagai jurulatih, yang pertama untuk pasukan Itali sejak dia membawa Inter Milan ke Liga Juara-Juara Eropah 12 tahun lalu.
"I've been at Roma for 11 months, I knew the moment I arrived what it meant to the people. They had been waiting for something like this."
-Jose Mourinho after winning Europa Conference League with AS Roma#Mourinho #ASRoma #feyenoordromahttps://t.co/5kEcWxESjb
— Firstpost Sports (@FirstpostSports) May 26, 2022
“Ia adalah satu aksi yang benar benar menuntut perjuangan sebenar tetapi saya sangat gembira,” kata Zaniolo kepada Sky.
“Itu adalah impian saya dan sekarang saya telah melakukannya.”
Roma, pemenang Piala Fairs pada tahun 1961. Dan kemengan dalam final ini bermakna, Roma memenangi piala Eropah pertama mereka selepas 61 tahun.
Lebih 50,000 peminat memenuhi Stadio Olimpico di ibu negara Itali untuk menyaksikan pasukan mereka mencipta secebis sejarah di Albania. Mereka meraikan kejuaraan itu dengan girang.
“Kami tahu bahawa selepas kemenangan menakjubkan ini, ia sentiasa sukar untuk bermula semula tetapi pasukan pemenang sebenar, mereka akan meraikan dan kemudian bangkit semula,” kata kapten kelahiran Rom, Lorenzo Pellegrini.
Bagi juara Eropah 1970, Feyenoord, ia adalah kekalahan pertama mereka dalam perlawanan akhir Eropah serta kekalahan pertama dalam pertandingan UECL edisi kali ini untuk pasukan
Zaniolo pemain Itali pertama yang menjaringkan gol dalam perlawanan akhir Eropah sejak Filippo Inzaghi pada 2007.
Feyenoord telah menguasai bola, namun mereka tidak mencipta apa-apa yang menarik. Namun pada separuh masa kedua mereka benar benar mengubah rentak permainan.
Trauner melencongkan hantaran silang rendah dari tiang dan beberapa saat kemudian Rui Patricio melakukan penyelamatan sebenar yang pertamanya pada perlawanan tersebut.
Penjaga gol antarabangsa Portugis itu bertindak balas dengan baik untuk menolak rembatan Guus Til.
Tiada apa yang dapat menghalang AS Roma daripada kejuaraan UECL mereka.
Jose Mourinho menjadi pengurus pertama memenangi UCL, UEL dan UECL di dalam sejarah pertandingan.
José Mourinho is the first manager to win the UEFA Champions League, UEFA Europa League and UEFA Europa Conference League.
𝗧𝗵𝗲 𝗢𝗻𝗹𝘆 𝗢𝗻𝗲™ pic.twitter.com/2rIb9g86Sk
— Squawka (@Squawka) May 25, 2022
Beliau juga mencatatkan kemenangan kelima di dalam final Eropah. Itulah sebabnya kenapa Mourinho menunjukkan lima jari dalam keraiannya.
José Mourinho: “I’m gonna turn down any proposal. I will stay here at Roma even if there are rumours. We made history today”. 🇵🇹 #ASRoma
“I have no doubts, I will continue as Roma manager”. pic.twitter.com/bjFspLg6Ag
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) May 25, 2022
Tammy Abraham menjaringkan 27 gol pada musim debutnya bersama Roma dalam semua pertandingan dan membantu kelab itu memenangi trofi pertama mereka selepas 14 tahun.
Tammy Abraham scored 27 goals and helped deliver Roma's first trophy in 14 years in his debut season! 😤 pic.twitter.com/98Ja4QNTtF
— ESPN UK (@ESPNUK) May 25, 2022