Ianya mengambil masa 3 tahun untuk UEFA akhirnya mengakui bahawa pengadil Deniz Aytekin memainkan peranan yang besar dalam membantu Barcelona menang 6-1 ke atas PSG dalam aksi kedua peringkat 16 pasukan akhir pada 8 Mac 2017 – dalam aksi Liga Juara Juara Eropah.

Oleh kerana terlalu banyak kelemahan pengadil pada ketika itu, ramai pemerhati bola sepak tidak mengiktiraf aksi kebangkitan itu sebagai kebangkitan yang paling hebat dalam sejarah UCL.

Bagi peminat yang neutral dan peminat PSG yang menyaksikan perlawanan ini, jelas sekali banyak keputusan Aytekin yang memihak kepada Barcelona.

gettyimages-649681378

Di mana skuad bimbingan Luis Enrique itu bangkit mengatasi kekalahan defisit 4-0 daripada perlawanan pertama dengan kemenangan dramatik saat akhir di Nou Camp untuk mencetak skor 6-1.

Akibat kesilapan oleh pengadil itu, PSG telah membuat aduan rasmi ke atas pengadil perlawanan yang dikatakan pilih kasih.

Pengurus PSG pada ketika itu, Unai Emery, telah menuduh para pemain Barcelona telah mempengaruhi Aytekin. Sambil merasakan, jika ada VAR ketika itu, kebangkitan Barcelona itu tidak akan pernah wujud sekalipun.

Kesannya, prestasi Deniz Aytekin telah dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Disiplin UEFA – kerana gagal dalam tugasannya.

Malah UEFA turut mempertimbangkan masa depan Deniz Aytekin. Beliau mungkin akan berhadapan dengan hukuman selepas ini. Namun segalanya tidak akan dapat mengubah keputusan pada 3 tahun yang lalu.

PSG masih berpeluang untuk berhadapan dengan Barcelona dalam kempen Liga Juara Juara Eropah pada musim ini.

Baca juga perkembangan lain dari Eropah

Mohammed Bin Salman Mungkin Tak Jadi Beli Newcastle Sebaliknya AS Roma

Presiden Lyon Nak Tahu Nama Presiden Kelab Ligue 1 Jadi Batu Api Minta Menteri Batalkan Liga

Serie A Bakal Kembali 13 Jun