Presiden Lyon, Jean-Michel Aulas ingin tahu nama-nama presiden kelab Ligue 1 yang dilaporkan mendesak kerajaan membatalkan musim 2019/20.

Menurut L’Equipe dan Le Parisien, beberapa pegawai tinggi dari sejumlah pasukan telah menghungi kerajaan untuk memastikan kempen tidak dimulakan di tengah wabak koronavirus.

Ligue de Football Professionnel (LFP) mengumumkan bulan lalu bahawa musim 2019/20 tidak akan bersambubg, dengan Paris Saint-Germain dinobatkan sebagai juara dan Toulouse serta Amiens diturunkan ke Ligue 2.

Langkah untuk menentukan kedudukan akhir berdasarkan poin per perlawanan dibuat setelah Perdana Menteri Edouard Philippe melarang acara sukan hingga September.

Hasil keputusan LFP, menyaksikan musim depan akan menjadi yang pertama Lyon tanpa bola sepak Eropah sejak 1996/97.

ligue-1-sky

Sebagai tindak balas kepada tweet dari L’Equipe du Soir yang mendakwa presiden Ligue 1 menghubungi pejabat presiden Emmanuel Macron, Aulas meminta nama mereka yang terlibat.

Dia mennyeru Le Parisien dan kementerian sukan dalam catatan Twitter yang berbunyi: “Adalah baik untuk melihat maklumat Dominique Severac dari Le Parisien untuk mengetahui siapa di antara presiden yang berkaitan selalu menghubungi penasihat l’Elysee, Matignon dan kementerian sukan untuk menghentikan kejuaraan liga. ”

Amiens telah mengumumkan mereka akan membawa kes ini ke mahkamah sukan bagi menuntut keadilan. Di mana Lyon turut mempertimbangkan tindakan yang serupa.

Baca juga perkembangan lain dari Eropah:

Penyokong Dortmund Diminta Jangan Berkumpul Luar Stadium Sempena Aksi Derbi

Serie A Bakal Kembali 13 Jun

10 Bek Tengah Terbaik Di Eropah Ketika Ini