Para penyokong Borussia Dortmund telah diseru untuk tidak berkumpul di luar Signal Iduna Park ketika mereka kembali menyambung aksi musim ini menentang Schalke pada hari Sabtu.
Bundesliga telah ditangguhkan sejak 13 Mac kerana wabak koronavirus. Namun, ia diberi lampu hijau untuk kembali berlangsung di belakang pintu tertutup ataupun stadium kosong.
Bahangnya terus panas apabila Dortmund akan menjadi tuan rumah kepada aksi derbi yang biasanya panas dan para penyokong memenuhi stadium dan luar stadium.
Walaupun ia perlawanan yang penuh tradisi, Datuk Bandar Ullrich Sierau telah meminta para penyokong untuk jangan pergi ke stadium dan mengelakkan tindakan yang mmampu merebakkan lebih banyak virus.
Beliau juga memohon agar penyokong terus berada di rumah.
Sierau berkata: “Penyokong bola sepak harus melindungi diri mereka sendiri dan orang lain. Ini dengan tidak berhimpun dalam kumpulan yang besar untuk menonton derbi. Mereka tidak dibenarkan masuk ke stadium dan tidak boleh berada di luar stadium sama sekali.”
“Masih ada larangan yang ketat di pusat bandar. Pada masa ini, solidariti penyokong bola sepak antara satu sama lain dan dengan pasukan harus ditunjukkan dengan menghormati sekatan.”
“Sentiasa berhati-hati dan tidak mendedahkan kawasan pertandingan kepada virus, jika tidak atau orang lain mungkin tidak akan menonton derbi lagi dalam hidup mereka selepas ini.”
“Seharusnya tidak ada perayaan gol seperti yang biasa kita ketahui di restoran dan di kawasan luar. Anda harus menjaga jarak – walaupun sukar.”
“Oleh itu, kami lebih suka anda terus berada di rumah dalam lingkungan keluarga yang kecil dan mengharapkan derbi yang sangat menggembirakan di sana!”
“Kosong! Itu bukan sahaja misi untuk tidak bolos kepada Schalke, malah kita juga harus kosong jangkitan baharu.”
Presiden polis Gregor Lange menambahkan: “Pada Sabtu ini, para penyokong bola sepak berpeluang untuk membuktikan bahawa keputusan untuk memulakan semula bola sepak adalah bukan satu kesilapan.”
“Hindari sebarang perhimpuan penyokong atau perjumpaan yang berkaitan dengan bola sepak di sekitar stadium dan di seluruh kawasan kota.”
“Polis akan dikerahkan dengan kekuatan besar dan menyusun perancangan operasi yang diarahkan ke fleksibiliti maksimum.”
“Tujuannya adalah – harus – untuk mencegah pertembungan antara dua kumpulan penyokong, tidak seperti derbi sebelum ini.”
“Kami juga akan bertindak secara konsisten terhadap pelanggaran yang berkaitan dengan pengendalian jangkitan.”
Sebelum ini pernah belaku di Perancis di mana ultras PSG berkumpul di luar stadium ketika larangan berkumpul dikenakan.
Pihak Bundesliga tidak mahu perkara yang serupa berlaku.
Baca juga perkembangan lain dari Eropah
Presiden Lyon Secara Tak Langsung Dedah Tarikh Liga UCL Bersambung Semula