Serie A merancang untuk meneruskan musim liga bola sepak mereka. Serie A telah mensasarkan tarikh 13 Jun sebagai tarikh untuk mereka kembali menyambung aksi.
Persidangan agung dilakukan secara telesidanpada hari Rabu dan meluluskan tarikh untuk disambung semula yang “sesuai dengan keputusan kerajaan dan protokol perubatan”.
Sebelum ini kerajaan Itali sudah memberikan lampu hijau kepada liga bola sepak mereka untuk disambung semula.
Kelab-kelab di liga teratas Itali kembali menjalani latihan pada awal Mei tetapi pemain hanya boleh berlatih secara individu dengan mengamalkan penjarakan sosial.
Selain itu setiap kelab perlu melakukan saringan COVID-19 secara berkala.
Aksi Serie A digantung pada 9 Mac dengan 12 pusingan penuh dan baki empat perlawanan melibatkan beberapa pasukan lagi yang belum diselesaikan.
BREAKING: Serie A has set a provisional return date of June 13.
The clubs will train again as groups from next week. pic.twitter.com/Tp5OdilG8M
— B/R Football (@brfootball) May 13, 2020
Juventus sedang mendahului dan mengejar gelaran Serie A kesembilan berturut-turut. Dan kini mereka sedang berada di puncak liga, satu mata di hadapan Lazio.
Kesemua pasukan akan dapat berlatih bersama mulai hari Isnin akan datang.
Itali telah menjadi salah satu negara yang paling teruk terjejas oleh koronavirus, dengan sejumlah pemain telah dijangkiti.
Minggu lalu, tiga pemain Fiorentina dan tiga anggota staf sokongan kelab diuji positif koronavirus. Sementara itu, beberapa pemain Torino juga disahkan positif.
Baca juga perkembangan lain dari Eropah
Separuh Daripada Kelab EPL Mahu Halang Pemilikan Saudi Di Newcastle