AC Milan menamatkan penantian 11 tahun mereka untuk memenangi Scudetto ke-19 dalam sejarah kelab mereka.

Kali terakhir AC Milan menang Serie A adalah pada 2010/11.

AC Milan turut ke Stadio Citta del Tricolore dengan misi tidak boleh kalah. Ini kerana jika seri, mereka tetap akan juara berdasarkan peraturan head to head.

Penyokong Milan membanjiri stadium Sassuolo di mana kira kira 18,000 penyokong mereka berada di dalam stadium daripada 21,000 kapasiti.

Ini kerana dilaporkan ramai penyokong Sassuolo telah menjual tiket mereka dengan harga sangat tinggi kepada penyokong Milan.

Stefano Pioli menurunkan kesebelasan terbaiknya dalam perlawanan ini dengan formasi 4-2-3-1.

Milan tidak menunggu lama untuk di hadapan menerusi gol Olivier Giroud pada minit ke-17.

Giroud menambah satu lagi gol pada minit ke-32 untuk menjadikan kedudukan 2-0.

AC Milan kini benar benar di landasan terbaik untuk menjadi juara.

4 minit kemudian, bintang tengah AC Milan, Franck Kessie menjadikan kedudukan 3-0 memihak kepada Rossoneri.

Pada separuh masa kedua, AC Milan tidak membenarkan gawang mereka diobolosi. Mereka bertahan dengan sebaik mungkin dan akhirnya berjaya memastikan kedudukan 3-0 kekal sehingga tamat.

Milan berjaya menamatkan saingan dengan 2 mata di atas musuh sebandar mereka Inter Milan yang turut mencipta kemenangan dalam satu lagi aksi.

Milan kini menyamai rekod Scudetto Inter dengan 19 kejuaraan dalam sejarah kelab mereka.

https://twitter.com/PokerstatsHT/status/1528437521855614976

Para penyokong Milan masuk ke dalam padang untuk meraikan kejayaan pasukan mereka menamatkan penantian panjang untuk menjadi juara Serie A sekali lagi.