Pemain rookie terbaik Bundesliga musim ini, Silas Wamangituka dilaporkan terlibat dalam pemalsuan umur. Wamangituka merupakan pemain Stuttgard dan menikmati musim yang sangat cemerlang.
Beliau menjaringkan 11 gol. Jadi tidak hairanlah beliau dipilih sebagai pemain rookie terbaik yang diberikan kepada pemain muda bawah 23 tahun yang cemerlang dalam Bundesliga.
Tetapi pada Selasa lalu Stuttgart mendedahkan bahawa pemain tersebut sebenarnya bernama Silas Katompa dan berusia 22 tahun, bukannya 21 tahun. Tarikh lahir sebenar Wamangituka adalah 6 Oktober 1998.
Kelab Jerman itu mendedahkan maklumat tersebut. Stuttgart kemudian menyalahkan bekas ejen kepada Wamagituka sebagai punca kenapa semua itu berlaku. Di mana bekas ejen pemain itu mengawal sepenuhnya maklumat perbankan dan juga meyimpan pasport pemain tersebut.
Ejennya menipu maklumat umur kerana mahu memastikan pemain itu digelar propek cerah pada usia lebih awal.
Seterusnya pemain itu dilaporkan tinggal dengan bekas ejennya sebelum ini. Di mana gajinya juga sebahagian besar diambil oleh ejennya dan mengugut pemain itu, bahawa jika dia tidak menuruti ejennya itu, Silas tidak akan bermain bola sepak di Eropah lagi.
Silas yang menyatakan dia ketakutan kerana diugut bahawa keluarganya juga akan dicederakan jika dia mendedahkan penganiayaan itu.
Stuttgart mendapat tahu perkara itu dan mengambil keputusan untuk membela nasib pemain itu. Stuttgart juga memuji Silas yang berani memberitahu mereka.
Silas berkata: “Saya hidup dalam ketakutan dalam beberapa tahun ini. Dan saya sangat risau akan keselamatan keluarga saya di Congo. Ianya sukar untuk saya untuk tampil dan menceritakan cerita saya.”
“Saya hanya berani melakukannya dengan sokongan kelab dan juga pengurus baharu saya. Saya sedar bahawa saya tak perlu lagi takut dan kita harus bersama sama menyelesaikan masalah.”
“Saya tak akan berani tampil tanpa sokongan dari Stuttgart, pasukan saya dan VfB.”
ℹ️ VfB striker Silas Wamangituka recently made it known to the club that he had been the victim of manipulation by his former player agent and that Wamangituka is not his real name. #VfBhttps://t.co/b2n8W0H9LE
— VfB Stuttgart_int (@VfB_int) June 8, 2021
“Hari ini saya berasa selamat dan lega. Saya berharap saya dapat memberikan semangat kepada pemain lain untuk tampil, jika mereka mengalami pengalaman serupa dengan ejen mereka.”
“Saya sangat berterima kasih kepada VfB Stuttgart di atas kesemua sokongan mereka tunjukkan pada masa masa ini.”
Beberapa hari lalu, maklumat pasport pemain Congo itu akhirnya dibetulkan untuk memastikan pemain itu bermain dengan identiti sebenar dengan nama sebenar iaitu Silas Katompa Mvumpa.
Selain itu, Silas juga mahu mengambil tindakan perundangan ke atas bekas ejennya, namun namanya tidak didedahkan.
Anugerah rookie of the year masih sah milik Silas kerana umur sebenarnya masih tidak lebih 23 tahun.
Baca juga artikel
Giroud Tuduh Mbappe Tak Nak Hantar Bola Kepadanya, Deschamps Mahu Pemain Cari Penyelesaian Sendiri
Messi Beli Hotel Mewah Di Andorra, Petanda Dia Akan Terus Kekal?