Masa depan Lionel Messi di Barcelona masih menjadi tanda tanya. Walaupun sebelum ini Messi menyatakan bahawa beliau mahu terus kekal di Barcelona.
Terbaru, Messi dilaporkan menambah lagi pelaburan dalam bidang hartanah dengan membeli sebuah hotel mewah di Andorra. Negara tersebut jiran kepada Sepanyol dan dekat dengan Barcelona.
Messi memiliki syarikat pelaburan hartanah dalam perhotelan bernama MIM Hotels yang sudah dimilikinya sejak 2017.
Dengan pembelian Hotel Casa Canut di Andorra, ianya menguatkan lagi spekulasi bahawa Messi akan terus kekal di Barcelona.
Hotel tersebut memiliki 31 bilik super mewah. Messi yakin pelaburan itu akan membawa pulangan di masa akan datang dan sedar bahawa tempoh pandemik membuatkan keuntungan sangat sukar untuk dicapai.
Messi akan mengendalikan hotel tersebut dengan mudah kerana berdekatan dengan Barcelona. Hotel tersebut terkenal dengan tawaran pakej bermain ski ketika musim sejuk.
Leo Messi purchased his 5th hotel. it's in Andorra called the Canut Hotel. It's a 5 star hotel and has 31 luxury rooms. It's located in the central Carlemany avenue in Escaldes-Engordany, ideal for lovers of snow. pic.twitter.com/VL1qYIhd9R
— πΈππππ βοΈβοΈβοΈ (@FCBImir) June 2, 2021
Beberapa minggu lalu Sergio Aguero menyatakan keyakinan beliau bahawa Messi akan terus kekal di Barcelona. Itu juga merupakan antara sebab kenapa Aguero berpindah ke Barcelona kerana mahu bermain dengan pemain yang dianggapnya sebagai terbaik sepanjang zaman.
Namun begitu Barcelona masih berusaha untuk mengekalkan Lionel Messi. Ronald Koeman sendiri sudah menyatakan bahawa Messi masih menjadi orang hadapan dalam perancangannya.
Kontrak Messi sebenarnya sudah akan berakhir pada bulan ini. Dan beliau dalam fasa ejen bebas. Boleh berunding dengan sesiapa sahaja untuk perpindahan percuma.
PSG dan Manchester City antara dua kelab yang hebat dikaitkan dengan Messi jika pemain itu memutuskan untuk tidak bermain di Barcelona lagi.
Masa depan Koeman juga sudah ditentukan oleh Barca selepas perbincangan 4 mata antara Laporta dan Koeman.
Di mana Koeman akan terus diberikan mandat mengendalikan Barcelona walaupun terdapat tekanan yang kuat ke atas pengurus asal Belanda itu.
Baca juga artikel
Peminat Norwich Kecam Rakan Kongsi Kelab Syarikat Judi Dengan Iklan Melucah
TERKINI: PSG Cantas Barcelona Lagi Dapatkan Donnarumma Dengan Tawaran Gaji Lebih Tinggi
Deschamps Tembak Mourinho: “Spurs Pun Tak Ada Kelemahan Tapi Tak Menang Piala”