Norwich baru sahaja mengumumkan rakan kongsi baharu dan juga penaja jersi mereka untuk musim hadapan iaitu syarikat judi atas talian yang mengklaim diri mereka no.1 di Asia iaitu BK8.

Namun pengumuman itu segera mendapat kecaman daripada peminat mereka sendiri kerana strategi pemasaran syarikat itu yang dianggap berbaur kelucahan.

Pegawai kelab Norwich kemudian tampil meminta maaf dan berjanji akan membuang kesemua iklan iklan yang dianggap tidak sesuai dengan tontonan umum.

The-Second-Tier-on-Twitter-Norwich-have-named-gambling-company-BK8-as-their-new-main-sponsor-Their-Instagram-page-is-interesting-https-t-co-QGJKNn3VpY-Twitter

Mereka menyatakan mereka sedar akan taktik pemasaran BK8. Sambil BK8 kemudian memintaa maaf secara terbuka jika pemasaran mereka pada masa lalu membuatkan ada pihak tidak senang.

BK8 berkata: “Kami akui bahawa pemasaran seperti ini tidak sesuai dengan rakan kongsi kelab EPL.”

“Kami dengan segera membuang kesemua bahan pemasaran yang berkaitan dan akan membuat pemantauan rapi ke atas pemasaran kami di masa akan datang.”

Walaupun konten tersebut sudah dibuang dari instagram rasmi BK8, namun peminat Norwich tetap kecewa kerana iklan iklan tersebut masih ada di saluran lain termasuk YouTube dan Google Ads.

‘A-PR-disaster’-Premier-League-club-Norwich-left-red-faced-after-fans-spot-new-shirt-sponsors’-adult-content-and-sexual-innuendos-—-RT-Sport-News

Pengerusi Yayasan Kenari Norwich, menyatakan bahawa ahli ahli mereka telah menghantar banyak aduan kepada kelab di atas “PR disaster”.

Selain daripada iklan yang terlalu seksi itu, yayasan tersebut juga mengecam tindakan kelab menjalinkan kerjasama dengan syarikat judi.

“Ini sama sekali tidak bagus, tidak perlu dipersoalkan lagi. Ramai menentang firma perjudian menjadi penaja. Namun isu utama di sini adalah hantaran mereka di Instagram.”

“Saya tidak akan mengikat pihak sebegitu dengan imej komuniti kelab yang telah dicipta. Ini sama sekali satu PR disaster.”

“Sukar untuk memberikan pandangan dari pihak kami, kerana untuk berpatah balik, kelab pasti akan melanggar kontrak.”

“Ini adalah situasi penuh kucar kacir, dan membuatkan ramai penyokong perempuan kecewa [iklan memanipulasi wanita] di akaun Instagram mereka.”

Baca juga artikel

TERKINI: PSG Cantas Barcelona Lagi Dapatkan Donnarumma Dengan Tawaran Gaji Lebih Tinggi

Zidane Tolak Tawaran Dari Kelab Kerana Mahu Jadi Pengganti Deschamps

Deschamps Tembak Mourinho: “Spurs Pun Tak Ada Kelemahan Tapi Tak Menang Piala”