Manchester City bangkit daripada kekalahan dalam perlawanan pertama dengan menjadikan Norwich mangsa amukan mereka. Sebelum itu, Man City turut tewas dalam aksi Perisai Komuniti Inggeris musim ini.
Beraksi di Etihad, skuad bimbingan Pep Guardiola membelasah Kenari dengan skor 5-0.
City tampil dengan aksi yang sangat bertenaga. Mereka mendahului seawal minit ke-7 apabila penjaga gol veteran, Tim Krul tertampan bola ke gawang sendiri.
Bermula daripada hantaran rendah Gabriel Jesus, bola cuba dikeluarkan pertahanan Norwich terkena pada Tim Krul.
City menggandakan kedudukan pada minit ke-22. Ini apabila pemain £100 juta mereka, Jack Grealish membuka akaun golnya untuk pasukan barunya. Berpunca daripada hantaran rendah oleh Gabriel Jesus, bola melantun pada Grealish dan masuk.
Grealish meraikan gol dengan menutup telinganya, yang menurut pengulas ditujukan kepada pengkritiknya.
2014 – Jack Grealish is the first English player to score on his home @premierleague debut for Manchester City since Frank Lampard against Chelsea in September 2014. Dream. pic.twitter.com/XyLZ8vwhJq
— OptaJoe (@OptaJoe) August 21, 2021
Norwich hanya mampu bermain degan aksi lebih ofensif pada akhir babak pertama. Namun mereka jelas sekali tidak ada idea untuk menembusi Manchester City yang bermain dengan tempo sangat laju.
Pada separuh masa kedua, Manchester City malah tampil dengan lebih agresif. Di mana mereka menjaringkan 3 lagi gol.
Pada minit ke-64, Aymeric Laporta mengambil kesempatan di sebalik keadaan kucar kaciri di hadapan gawang Norwich.
Kemudian, Gabriel Jesus sekali lagi menjadi arkitek gol Man City. Kali ini hantarannya disempurnakan oleh Raheem Sterling untuk meletakkan City 4 gol di hadapan.
Pemain gantian, Riyad Mahrez menabur garam pada luka Norwich dengan gol kelima pada minit ke-84. Mahrez mengatasi perangkap ofsaid ketika menerima hantaran panjang oleh Ruben Dias. Dalam keadaan 1 lawan 1 dengan Krul, Mahrez mudah menjaringkan gol.
Tamat perlawanan, Manchester City menang besar 5-0 ke atas Norwich.
Since Pep Guardiola joined @ManCity, there have been 49 #PL games won by a margin of 5+ goals – the Spaniard’s side are responsible for 23 of these (47%)#MCINOR pic.twitter.com/tXHXFj8d8e
— Premier League (@premierleague) August 21, 2021
Saksikan rangkuman perlawanan di sini:
Baca juga artikel
Arteta Hairan EPL Tak Tunda Aksi Berdepan Brentford Walaupun 4 Pemain Arsenal Dikuarantin
RASMI: Arsenal Lengkapkan Perpindahan Ramsdale, Kini Sudah Berbelanja £132 Juta