Arsenal mengumumkan secara rasmi ketibaan Aaron Ramsdale ke kelab mereka dengan nilai perpindahan £24 juta. Sebelum itu Arsenal juga mengesahkan bahawa Martin Odergaard menjadi pemain mereka secara tetap dengan yuran perpindahan £34 juta.

Sehingga ke tarikh artikel ini ditulis, Arsenal sedang berada di hadapan dari kalangan pasukan di England, dalam carta pasukan paling banyak berbelanja dalam jendela perpindahan kali ini dengan £132 juta dibelanjakan.

Sebelum ini Arsenal sudah mengesahkan pembelian bek tengah Ben White dengan harga £50 juta. Seterusnya, Lokonga yang dibeli dengan nilai £17 juta, serta Nuno Tavares £7 juta,

Tidak pasti sama ada Ramsdale akan menjadi no.1 secara automatik di Arsenal walaupun dibeli dengan harga semahal itu. Kerana Arteta dilihat masih memberikan kepercayaan kepada Bernd Leno.

Ramsdale sangat teruja menyertai kelab gergasi Inggeris itu. Beliau berkata: “Teruja untuk memulakan perjalanan dengan anda semua. Sudah bersedia untuk menempuh cabaran di hadapan dan berjumpa dengan penyokong di dalam stadium.”

Nama Aaron Ramsdale dikaitkan dengan Arsenal sejak dari mula jendela perpindahan lagi. Di mana Mikel Arteta mencari seorang lagi penjaga gol yang berkaliber.

Sebelum ini, Arsenal dikaitkan dengan penjaga gol Ajax, Onana, namun rundingan gagal kerana Arsenal enggan menuruti permintaan harga oleh Ajax yang meminta £8 juta.

Musim lalu, Arsenal melepaskan penjaga gol kedua mereka ke Aston Villa, iaitu Emi Martinez.

Baca juga artikel

Inter Sedia ‘Hijack’ Andre Onana Dari Arsenal

TERKINI: Manchester United Mahukan Mbappe Ganti Cavani

Borussia Dortmund Tak Jadi Pakai Jersi Ketiga Puma Yang Dikecam Peminat