Borussia Dortmund memutuskan untuk menolak daripada memakai jersi ketiga yang kontroversi dikeluarkan oleh Puma.
Peminat Dortmund marah kerana jersi tersebut dilihat satu penghinaan kepada kelab dengan tidak meletakkan logo di hadapan jersi sebaliknya ditukar dengan ejaan nama kelab tersebut.
Puma sebelum ini menggambarkan rekaan jersi mereka sebagai ‘progresif’ serta menggunakan tema rewrite the rules.
Manchester City's new third kit for 2021-22 📸 pic.twitter.com/aDT5142ctc
— B/R Football (@brfootball) August 18, 2021
Terdapat 10 kelab Eropah yang mendapat rekaan jersi ketiga khas itu. Dan respon daripada peminat, rata rata tidak suka dengan rekaan yang santai seperti streetwear.
Peminat Man City melabel jersi itu sebagai jersi terburuk dalam sejarah kelab dan menganggap ianya satu penghinaan kepada kelab.
Puma dan BVB pertama kali bekerjasama pada musim 2012-2013 dan menandatangani kontrak jangka panjang yang baharu pada 2019 yang menyaksikan kerjasama itu akan sehingga 2027.
Peminat Dortmund sebelum ini sudah menghantar bantahan beramai ramai sebaik sahaja kit tersebut dibocorkan di internet, selain menggunakan media sosial untuk menyuarakan pendapat mereka.
Dan Hasilnya, Dortmund mengumumkan bahawa mereka tidak akan menggunakan rekaan tersebut.
Ikrar itu adalah mengulangi apa yang mereka katakan pada Mei lalu ketika jersi itu pertama kali dibocorkan.
Dortmund mengeluarkan pernyataan di Twitter yang berbunyi: “Peminat, kritikan anda terhadap jersi pertandingan piala untuk musim baru telah diterima. Jersi yang bocor tidak kelihatan seperti apa yang kita miliki. Oleh itu, harap bersabar.”
Borussia Dortmund TURNED DOWN their edition of Puma's controversial badge-less third kits https://t.co/s3R4SbubKm
— Mail Sport (@MailSport) August 19, 2021
Sementara itu, Manchester City dan beberapa kelab lain secara rasmi melancarkan kit ketiga baru mereka.
Puma turut mengeluarkan senarai pasukan yang menggunakan jersi khas itu. Dan nama Borussia Dortmund tidak tersenarai di dalamnya. Peminat menganggap suara mereka didengari.
Dan ternyata rekaan yang bocor dahulu memang menggambarkan rekaan Puma pada kali ini.
A Puma apresentou todos os 3° uniformes dos seus patrocinados, no entanto, o Borussia Dortmund é um dos clubes que não aparece na foto. O clube recusou a camisa feita pela Puma e pediu uma nova versão, a nova camisa possivelmente sairá em setembro. pic.twitter.com/6bbjytPkY2
— BVB DA MASSA 🇧🇷🇩🇪 (@BvbMassa) August 18, 2021
Selain itu, Borussia Dortmund dikatakan mungkin akan menjadikan jersi tersebut sebagai kit untuk memanaskan badan sebelum perlawanan.
Saiu em uma loja da Bélgica, as polêmicas camisas que a Puma lançou (e que ninguém gostou) para o Borussia Dortmund. A 1° é a camisa que seria para as Copas e a 2° foi um 'upgrade' que virou a camisa de aquecimento antes dos jogos da Champions. [via @steve_k83] pic.twitter.com/zRYAC9gJXx
— BVB DA MASSA 🇧🇷🇩🇪 (@BvbMassa) August 18, 2021
Semalam dalam aksi kelayakan Europa League, pemain Fenerbahce tercari cari di mana logo kelabnya ketika mahu meraikan gol dengan gaya kiss the badge.
Stop the season. There’s nothing topping this 🤣 #Fenerbahçe pic.twitter.com/mnF8gdmP5p
— Flatcap Football (@FlatcapF) August 19, 2021
Baca juga artikel
Kelayakan UECL: Spurs Dikejutkan Pacos De Ferreira Di Portugal