Selepas minggu yang cemerlang pada pembukaan EPL, Spurs dikejutkan oleh pasukan kerdil dari Portugal, Pacos De Fereira dalam aksi play off Liga Konferens Eropah (UECL).
Full-time in Portugal. pic.twitter.com/Netrm406LO
— Tottenham Hotspur (@SpursOfficial) August 19, 2021
Tiada slot kelayakan automatik kepada Spurs untuk kejohanan ini. Spurs terlepas tempat dalam aksi UCL dan UEL musim lalu, mengatasi Arsenal dalam perebutan ke slot UECL pertama musim ini.
Musim lalu Spurs juga hampir tersingkir daripada kelayakan Liga Europa ketika berdepan Lokomotiv Plodiv, namun Harry Kane dan Tanguy Ndombele menyelamatkan mereka. Mungkin kali ini Spurs boleh menggunakan peluru yang sama pada aksi timbal balik? Kerana kedua dua pemain tidak diturunkan dalam perlawanan kali in.
Nuno Espirito menurunkan pasukan keduanya dalam perlawanan ini dengan ramai pemain muda dimasukkan. Ternyata pasukan kali ini gagal memberikan impak dengan gagal mencatatkan sebarang percubaan tepat hasil daripada hanya 3 percubaan sepanjang 90 minit aksi.
Tottenham kali ini tanpa aksi Harry Kane yang tidak disertakan dalam skuad. Nuno Espirito pada sidang media menyatakan bahawa Harry Kane harus berada pada mentaliti yang betul untuk kembali beraksi.
Ianya merujuk kepada isu masa depan Kane. Selepas pemain itu dikatkan meminta untuk dijual ke Manchester City. Kane sebelum ini tidak hadir ke sesi latihan namun sudah pun kembali berlatih beberapa hari lalu.
Pacos yang menamatkan saingan di tangga kelima dalam Liga Portugis musim lalu hanya melakukan 5 percubaan dalam perlawanan ini dengan hanya 2 percubaan tepat dicatatkan.
Nuno Espirito membuat 11 pertukaran dalam pasukan yang beraksi kali ini termasuk Dane Scarlett yang berusia 17 tahun – pemain yang sebelum ini dilabel Mourinho sebagai permata yang harus digilap.
Spurs beraksi dengan formasi 3-4-3 dengan penyerang berusia 18 tahun, Nile John menikmati status kesebelasan utama pertamanya dalam aksi senior.
Michael Craig and Matthew Craig have both been named on the Tottenham bench tonight.
They are identical twins. 👬 pic.twitter.com/wwKP7Og03G
— Football Tweet ⚽ (@Football__Tweet) August 19, 2021
Siapa sangka, 2 tahun lalu Spurs beraksi di final UCL di kota Madrid, namun pada hari ini mereka bergelut dalam aksi kelayakan UECL yang merupakan pertandingan kasta ketiga dalam hierarki kelab Eropah.
Rekrut baharu bernilai £63 juta, iaitu Bryan Gil dan Cristian Romero turut diberikan peluang beraksi. Harus diakui kedua dua pemain beraksi dengan sangat baik. Romero membuktikan kualitinya sebagai pembina serangan dari bawah dan banyak terhubung deengan Harry Winks.
Bryan Gil juga banyak terlibat dalam gerakan serangan Spurs dan gaya permainannya mengingatkan kita kepada Luka Modric. Mungkin dua pemain ini antara perkara positif yang boleh melegakan Spurs daripada perlawanan ini.
Bezanya kali ini Spurs kekurangan ketajaman dan tidak cukup bagus secara berpasukan. Dalam aksi berdepan City mereka menggunakan sistem bek berempat dengan permainan agresif di tengah. Ya, sudah tentu dengan kualiti pasukan berbeza.
Namun dalam perlawanan ini, mereka tidak mempunyai cengkaman yang sama di bahagian tengah mahupun di bahagian sayap. Jika Harry Kane beraksi sekalipun, Spurs mungkin masih akan mendapat keputusan yang sama kerana mereka hilang karakter walaupun mendominasi perlawanan.
Pacos mendapat gol kemenangan daripada Lucas Silva.
Baca juga artikel
Apa Itu UEFA Conference League (UECL) Yang Bakal Disertai Spurs
6 Kelab La Liga Pakai Jersi ‘Kosong’ Kerana Larangan Tajaan Syarikat Judi Bermula Musim Ini