Minggu lalu, Manchester City berada 12 mata dari Liverpool di atas puncak liga. Namun situasinya sekarang dan berubah. Di mana Manchester City cuma ada kelebihan 6 mata sahaja berbanding Liverpool.
Manchester City tewas di Tottenham Hotspur di Etihad dengan jaringan 2-3. Perlawanan yang dianggap salah satu perlawanan EPL klasik.
Harry Kane menjadi wira Tottenham. Walaupun golnya sempat dibatalkan, namun Kane menjaringkan gol lewat masa kecederaan hanya beberapa minit selepas gol penyamaan Riyad Mahred menerusi penalti.
Pemain baharu Spurs iaitu Dejan Kulusevki meletakkan pelawat di hadapan hanya selepas 4 minit waktu perlawanan berlangsung.
Di mana bekas pemain Juventus itu mendapat peluang keemasan hasil umpanan Son Heung Min yang menjadi masalah besar buat City sepanjang perlawanan semalam.
Kulusevski tiada masalah untuk menolak bola ke gawang City yang ternganga.
⚽️ Dejan Kulusevski’s goal is the fastest Tottenham have scored in their 25 PL visits to Man City
The only previous time Tottenham had scored in the opening 15 minutes was Christian Eriksen’s goal in the 4-1 defeat, Oct 2014 pic.twitter.com/qJ30VM4LbL
— Sky Sports Statto (@SkySportsStatto) February 19, 2022
Manchester City kemudian melakukan serangan bertali arus. Memaksa Hugo Lloris dan barisan pertahanannya sangat sibuk bertahan.
Ilkay Gundogan akhirnya berjaya menyamakan kedudukan untuk Manchester City menerusi percubaan jarak dekat pada minit ke-33.
Separuh masa pertama berakhir 1-1. Namun Man City terus mengekalkan gear tinggi mereka dalam separuh masa kedua.
Spurs bertahan dengan sistem 6-3-1 ketika diasak oleh City.
Ketika Manchester City rancak menyerang, Spurs sekali lagi di hadapan. Kali ini menerusi Harry Kane. Di mana Kane menyambar hantaran Son Heung Min yang sangat cantik. Kane tiada masalah menjaringkan gol dari jarak dekat hasil larian tanpa bola yang sangat cemerlang.
⚪ @SpursOfficial duo Harry Kane and Son Heung-min have now assisted one another for 36 #PL goals, the joint-most of any pairing in the competition's history, moving level with Didier Drogba and Frank Lampard 🤝#MCITOT pic.twitter.com/xn37KQFNcT
— Premier League (@premierleague) February 19, 2022
Pep Guardiola membuat pertukaran dengan memasukkan Riyad Mahrez dan mengeluarkan Raheem Sterling.
Pada minit ke-74, Kane sekali lagi meledak di hadapan gol. Kali ini Kane menyambar hantaran Dejan Kulusevski.
Namun malangnya, VAR menadpati Kulusevski terlebih dahulu ofsaid ketika menyambut hantara Davies.
Ketika perlawanan memasuki masa kecederaan, Man City diberikan sepakan penalti. VAR digunakan untuk menyemak sama ada bola terkena tangan Romero.
Riyad Mahrez tiada masalah untuk menyamakan kedudukan buat pasukannya pada minit ke-90+2.
Ketika Spurs dilihat mungkin akan berpuas hati dengan 1 mata dari Etihad, sebaliknya anak anak buah Antonio Conte terus melakukan serangan ke kubu City.
Hasilnya, Harry Kane menambah 1 lagi gol dan kali ini ianya disahkan bersih.
Segalanya bermula daripada Dejan Kulusevski yang berjaya mengelak daripada ofsaid. Dia kemudian melakukan hantaran silang secara in swinger yang terus disambar Kane dengan tandukan pemusnah pada minit ke-90+5.
⭐️ Man of the Match, @SpursOfficial’s Harry Kane
38 touches, 3 in opposition box
20/29 passes completed
1 chance created
3 shots, all on target
2 goals (16th & 17th this season, 7 PL) – as many as in other 13 apps v Man City pic.twitter.com/oq52IXlaek— Sky Sports Statto (@SkySportsStatto) February 19, 2022
City masih berpeluang menyamakan kedudukan dalam beberapa minit terakhir. Namun skuad bimbingan Antonio Conte memastikan kemenangan milik mereka.
Ini merupakan kali kedua Manchester City tewas di tangan Spurs musim ini. Conte menjadi pengurus pertama menumbangkan Guardiola di Etihad dalam aksi EPL.