Marcelo Bielsa sedang berehat seketika selepas musim berakhir. Namun pengurus legenda itu telah bermurah hati untuk melatih kanak kanak di akademim B-11 tahun Leeds.
Beliau turun untuk mengajar kanak kanak tersebut taktikal yang disebutnya sebagai murderball.
Menurut Bielsa, Murderball merujuk kepada permainan bola sepak tanpa hentik, intensif sepanjang masa. Ianya salah satu pendekatan yang digunakan Bielsa dalam membantu Leeds United berubah daripada pasukan terperosok lama di liga kasta kedua, kepada pasukan naik semula ke EPL dan menamatkan musim sulung mereka dengan cemerlang.
Taktikal tersebut digelar sebagai high tempo press ala Bielsa.
Matthew Price menyaksikan sendiri latihan tersebut. Di mana ketika kanak kanak tersebut sedang berlatih, Bielsa tiba tiba datang menyertai mereka.
“Bielsa tiba tiba muncul dan mengajar budak buda ini. Dia berkata: ‘Hari ini kita akan bermain murderball’ – dan budak budak tersebut nampak teruja mempelajarinya,” kata Matthew.
“Bielsa memberitahu kanak kanak tersebut bahawa mereka akan bermain bola sepak tanpa henti untuk 3 jam.”
Leeds United boss Marcelo Bielsa turned up at a youth training session in Leeds last week, and got them to play the famous Murderball.
He then started winding them up saying they were going to play it for three hours ๐
๐ Yorkshire Evening Post pic.twitter.com/yeK0Y9KmnV
— Micky Greenโs Tips (@_MickyGreenTips) June 8, 2021
“Namun budak budak itu sangat gembira. Mereka tak percaya Bielsa akan melatih mereka hari itu.”
Selain itu Bielsa turut membawa penterjemahnya bersamanya. Bukti bahawa Bielsa memang komited mahu menurunkan ilmunya kepada kanak kanak tersebut.
“Menerusi pentejemahnya, Bielsa memberitahu, baahwa dia akan melatih mereka hari ini. Bielsa adalah wira untuk kami semua di sini. Dan untuk kanak kanak ini, dia malah wira yang lebih besar.”
“Mereka takjub [star struck]. Saya yang berusia 50 tahun ini pun teruja hari itu, bertemu dengan Patrick Bamford di tengah jalan. Saya seperti: ‘Woah!’.”
Bielsa sebenarnya hanya melatih kanak kanak tersebut sesi asas selama 90 minit. Ianya dianggap tempoh yang agak lama. Di mana seperti latihan standard untuk akademi.
How often do you get a Premier league manager turning up on a Monday night out of season, to take a U11's training session.
This is one of the reasons why this man will be classed as a Leeds Legend.#lufc #mot #waccoe pic.twitter.com/75Qy9TClQ4— Sparky J (@JPHElectrical) June 8, 2021
Matthew menambah: “Ianya sangat bagus sekali melihat akhirnya ada perkara yang hebat berlaku di Leeds. Para penyokong akhirnya mendapat semula pulangan yang mereka berhak dapat.”
Baca juga artikel
Messi Beli Hotel Mewah Di Andorra, Petanda Dia Akan Terus Kekal?
Peminat Norwich Kecam Rakan Kongsi Kelab Syarikat Judi Dengan Iklan Melucah
Zidane Tolak Tawaran Dari Kelab Kerana Mahu Jadi Pengganti Deschamps