Leeds akhirnya memenangi promosi ke Liga Perdana Inggeris. Dan ianya disahkan pada ketika pasukan di tempat kedua West Brom tewas 2-1 kepada Huddersfield dalam aksi Liga Kejuaraan malam ini.

Dara O’Shea meraih gol penyamaan kontroversi untuk Baggies pada babak pertama, tetapi mereka tidak dapat mengubah tekanan pada babak kedua.

Baggies ketingggalan awal dalam peralwanan ini menerusi gol oleh Chris Willock.

Dan mereka disentak oleh gol Emile Smith Rowe pada minit-minit akhir perlawanan.

Smith Rowe merupakan pemain pinjaman dari Arsenal. Sebelum ini Leeds kehilangan khidmat Eddie Nketiah yang dipanggil semula oleh Arsenal.

Pasukan Marcelo Bielsa sebelum ini memang sudah  menjadi juara dalam penantian.

Pasukan di tempat ketiga Brentford, mengintai peluang untuk memenangi satu lagi slot automatik dengan baki dua lagi perlawanan.

Kembalinya Leeds yang ditunggu-tunggu ke pirama teratas dalam bola sepak Inggeris melengkapkan perjalanan yang bergelora yang menyaksikan mereka menjadi bahan ketawa ketika mereka mengalami kejatuhan sehingga ke divisyen ketiga.

14 pengurus yang berbeza yang cuba menaikkan mereka berikutan penyingkiran 2004 dari Liga Perdana Inggeris, sehingga gergasi yang sedang tidur terbangun semula oleh bekas bos Lazio dan Marseille, Bielsa.

Bielsa memimpin Leeds dan hampir memenangi promosi pada musim pertamanya, tetapi mereka hancur pada minggu-minggu terakhir dan dikalahkan dalam separuh akhir aksi penentuan / play off oleh Derby.

Para pemain Leeds sebelum ini mengalami sedikit tanda tanda keletihan dengan gaya permainan high pressing Bielsa. Rehat panjang kerana koronavirus seakan akan memberikan mereka manfaat untuk berehat.

Namun Bielsa dan Leeds tetap mengadakan latihan super intensive seperti biasa apabila kembali.

Hasilnya mereka menikmati promosi ke EPL selepas beberapa kali terlepas.

vbp

Leeds dikenali dengan skuad mengujakan ketika era O Leary. Dan mereka merupakan Juara England pada 1969 dan 1974 di bawah kendalian Don Revie, kemudian pada tahun 1992 ketika Howard Wilkinson.

Leeds pasukan yang kaya dengan sejarah. Tetapi sejak diturunkan dari peringkat teratas, Leeds tersadung oleh bencana kewangan  dan pengurusan. Di atas padang dan ditempat penyokong semangat Leeds tak pernah padam sekali pun.

Bielsa telah mengubah arus di sebuah kelab yang terseksa dengan label sebagai ‘Damned United’ oleh novelis David Peace dan selalu dikenang sebagai ‘Dirty Leeds’ dalam minda para peminat yang melihat gaya mereka yang membuat apa sahaja untuk menang pada era Revie.

Mereka naik pada era 2000-an dan sedang menikmati tangga tangga indah ketika itu. Ramai bintang yang dilahirkan oleh Leeds era tersebut termasuk Mark Viduka, Harry Kewell, Rio Ferdinand, Alan Smith dan ramai lagi.

Seorang lagi bintang muda kelahiran mereka iaitu James Milner musim ini menjuarai EPL bersama Liverpool.

Selamat kembali Leeds.

Baca juga perkembangan lain dari Eropah

Real Madrid Rampas Kejuaraan La Liga

Chelsea Mahukan Oblak Gantikan Kepa

Arsenal Tamatkan Aspirasi 100 Mata Liverpool