Karim Benzema terus mempamerkan aksi cemerlangnya musim ini bagi Real Madrid untuk merangkul gelaran La Liga pertama dalam tiga tahun.
Kejuaraan itu disahkan dengan kemenangan oleh Real Madrid ke atas Villareal. Dan pasukan Zinedine Zidane merebut mahkota Sepanyol untuk kali ke-34.
Jika Real Madrid tewas sekalipun semalam, mereka tetap juara dengan kekalahan 1-2 Barcelona di tangan Osasuna di Nou Camp.
Benzema meletakkan pasukan tuan rumah di hadapan pada minit ke-29.
Pada separuh masa kedua, Karim Benzema dan Sergio Ramos cuba melakukan aksi penalti mirip aksi Cruyff dan Jesper Olsen. Aksi yang pernah ditiru oleh Messi dan Suarez sebelum ini.
Namun penalti Benzema dan Ramos dibatalkan kerana Benzema masuk ke dalam kotak penalti terlalu awal.
Real Madrid's crazy penalty as Ramos laid it off, but Benzema was already in the area 🤯 pic.twitter.com/8YwRi8KeJA
— GOAL (@goal) July 16, 2020
Benzema diberikan peluang semula oleh pengadil dan beliau menyempurnakannya pada minit ke-79.
Vicente Iborra menjaringkan gol lewat pada minit ke-83 untuk merapatkan jurang gol. Namun Real Madrid berjaya memastikan kejuaraan musim ini adalah milik mereka.
Merampas tahta liga itu daripada musuh utama mereka Barcelona.
Real Madrid meraikan kejuaraan liga mereka dalam stadium kosong.
Real Madrid musim ini bermula dengan beberpa masalah dalam pengurusan skuad. Bermula daripada isu Gareth Bale dan James Rodriguez.
Mereka kemudian memasuki musim ini dengan beberapa pemain yang cedera.
Pemain baharu mereka Luka Jovic dan Eden Hazard antara dua nama yang gagal memberikan prestasi seperti diharapkan. Namun Real Madrid mendapat tonik daripada prestasi cemerlang Karim Benzema dan juga Thibaut Courtois.
Ini merupakan kejuaraan La Liga ke-34 dalam sejarah Real Madrid.
Spain's most successful clubs 🇪🇸
Real Madrid are in a league of their own 🏆 pic.twitter.com/Uo0zySH0Ic
— GOAL (@goal) July 16, 2020
Baca juga perkembangan lain dari Eropah
Rashford, Martial Pastikan Pemburuan Slot UCL United Terus Hidup